PANDANGLAH SEGALANYA ALLAH
Sentiasalah dalam keadaan tetap mengisbatkan Allah di dalam segala hal dan tindak tanduknya. Maksudnya kita tetap nampak Allah di sebalik segala yang maujud (perkara yang ada) ini dan "nampak" perbuatan dan kelakuan dan arah mana memandang di sana "nampak" Allah.
Oleh kerana kita memandang seperti yang sedemikian itu maka kita akan berkata, "Tiada maujud melainkan Allah" @ "La Maujud Ilallah"
Ini adalah kata-kata dari orang yang sudah "tenggelam" atau 'fana' di dalam lautan Ketuhanan yang berada dalam pandangan kerohanian semata- mata. Inilah orang-orang yang telah mencapai kesempurnaan, maqam Fana Billah (senyap dalam Allah) dan seterusnya maqam Baqa Billah (berkekalan dalam Allah)
No comments:
Post a Comment