Tuesday, 9 August 2016
hakikat mudah
Sebenarnya untuk belajar ilmu makrifat - Mengenal Diri, tidaklah terlalu complicated sangat sampai pening2kan kepala hendak memahamkannya. Semudahnya itu seperti menghayati Surah Al-Ikhlas yang hanya mengandungi 4 baris ayat sahaja. Yang bikin rumit ialah terlalu banyaknya buku2 penulisan tentang makrifat yang menghadirkan beragam teori, pendapat, ijtihad, pegangan dan bahasan soal-jawab yang tak berkesudahan tetapi itulah keseronokan membacanya. Jika menurut kaedah yang diajarkan oleh Guru Sufi Al-Junaid Baghdadi, tampaknya cukup simple dan tak perlu berteori sangat dan banyak persoalannya. Kata beliau, "Matikan kamu itu di dalam diri kamu. Kemudian bangkit semula di dalam Allah. Di dalam Allah itu kamu akan merasakan hidup hakiki dan selama-lamanya abadi tidak mati."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment