Jangan sesekali kita mengaku dan merasakan kita HIDUP
Hayat ertinya hidup... Hidup sifat siapa? HIDUP sifatNya Allah... Jadi sekiranya Allah yang hidup... Kita ini sifatNya mati... Dan sememangnya tidak pernah HIDUP, jadi apakah boleh orang yang mati Rasa Nak mati? Cuba JAWAB...
Jawab nya sudah tentu tidak...
Jadi matilah sebelum mati, biar nyata Allah itulah yang Maha Hidup, jangan sesekali kita mengaku kita hidup, kiranya kita mengaku kita hidup... Yang inilah akan disentap ditarik nyawanya dgn kejam, sebab kita mengaku kita Yang Hidup, Seumpama kita mengambil hak orang, suruh dihantar pulang tidak hantar... Suruh diserah tidak diserah, lalu ditarik dan diambil balik dgn kejam...
Wahai sahabat-sahabat ku semua... Setelah nyata bahawasanya Yang Hidup itu hanyalah Allah, jangan sesekali kita mengaku kita hidup... Jadi kita semua sudah sedia maklum tiada apa-apa pun hak milik kita, jadi biarlah Tuan empunya milik memperlakukan sebagaimana dia mahu...
Dikerana kan kita masih ada diri itu, makanya kita masih terfikir-fikir akan bagaimana rasanya mati, jika masih ada rasa ini, itu tandanya kita belum mati...
Orang yang telah sampai kepada tahap mati sebelum ini, dia tidak kisahkan apa yang bakal berlaku... Nak mati putus nyawa macam mana pun, itu hak Mutlak milik Allah... Nak kena langgar lori, nak lemas dalam lubang najis, nak mati tersepit, nak mati tercekik kuih Raya, nak mati tertelan buluh lemang pun, apa lagi yang nak di kisah kan?
Yang menjadi kisahnya itu adalah kerana masih ada ujud diri, itu bimbang rasanya akan hal mati... Ingat! ingat! ingat! dan ingat! setelah nyata segalanya hak milik Allah, tiada satu pun milik kita, jangan dikisah kan lagi bagaimana rasa nak mati... Yakin dengan seyakinnya, perkara ini telah siap tertulis... Dan sudah sedia ada Yang Mengaturkan nya...
Jadi hayati dengan penuh penghayatan... Jangan difikir akan rasanya nak mati... Kerana sememangnya kita ini barang yang mati, yang hidup itu Allah... Katakan dan pegang benar dengan penuh yakin... Yang HIDUP ITU ADALAH YANG MAHA HIDUP IAITU ALLAH...
Ikutlah Apa kata Allah, bagaimana Allah nak Letak kan dan bagaimana... Allah nak Tentukan... Kenal Diri Rata-Rata Maka Kenal Allah Dengan Nyata... Kenal Allah Dengan Nyata Maka Segalanya Binasa...
No comments:
Post a Comment