Thursday, 25 August 2016

Hakikat Insan


PENZAHIRAN
Segala sesuatu itu kenyataan Allah dari penzahiran Roh yang bersumberkan Allah..
Penzahiran Allah itu di nyatakan ke atas Roh.. dan penzahiran Roh itu di nyatakan kepada makluk (manusia)..
Bagi menampakkan, memberitahu, menggambarkan bahawa manusia itu tidak mampu melakukan segala sesuatu apa pun selain dariNya Allah walaupun untuk beribadah sekali pun..
Manusia itu memerlukan Roh dari Allah untuk membolehkan manusia itu menzahirkan, menyatakan segala perihal makluk.
Manusia itu memerlukan Allah untuk beribadah, manusia itu memerlukan Allah untuk berkata-kata, manusia itu memerlukan Allah untuk pendengaran, manusia itu memerlukan tangan bagi kudratnya, manusia itu memerlukan mata untuk penglihatan dan sebagainya.
Jasad itu Roh.. Tanpa Roh mati lah jasad..
Segala penzahiran Allah melalui Roh dan melalui jasad itu juga bagi menyatakan akan hebatnya Allah.. Memberitahu bahawa Allah itu Esa, Allah itu Wujud, Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu dan itu adalah kenyataan diriNya..
Rahman dan Rahimnya Allah itu telah menzahirkan diriNYA melalui perantara Roh bagi membolehkan manusia dan segala makluk ciptaanNya dapat merasakan, melihat akan kenyataanNya.
Walaupun Allah menzahirkan akan DiriNya melalui roh dan manusia, namum hakikat diri manusia itu sendiri masih tetap tidak ada.
Tunjuk tangan nampak kulit.. Tunjuk tangan nampak jari.. Tunjuk tangan nampak bulu.. Dibelah tangan nampak daging.. Dibelah daging nampak tulang.. Tetapi tangan tidak juga kelihatan.. Yang ada hanya nama yang bernama tangan.. Sebegitulah kiasannya terhadap Allah..
Umpama cahaya dengan mentari, api dengan panas, garam dengan masin.. Allah cahaya langit dan bumi.. Nampak ada tetapi tiada.. Allah itu berbeza dari makhlukNya sehingga ia tidak boleh dinampak walaupun kelihatan Ada.. Tidak dapat dirasa walaupun dapat merasakannya.. Allah itu melangkaui segala sesuatu..

No comments:

Post a Comment