Thursday, 25 August 2016

IMAM GHAZALI

AYYUHAL WALAD
       IMAM GHAZALI
Nasihat ke 23
Tinggalkan 4 perkara.

Wahai ankku yg tercinta.
Sekarang aku Akan menasihati engkau dgn Nasihat yg terakhir,iaitu dgn 8 perkara, Maka terimalah nasihatku ini supaya ilmu yg Ada pada dri mu itu tidak menjadi Hujah Utk kemudharatan engkau pada Hari qiamat nanti.
4 perkara mesti engkau Tinggalkan dan 4 perkara lagi mesti engkau laksanakan.
Adapun 4 perkara yg mesti engkau Tinggalkan Maka iaitu

Perkara pertama
Bahawa seboleh-bolehnya Jgn engkau bertengkar dgn seseorg pada apa jua masaalah Kerana pertengkaran itu mengandungi bermacam-macam penyakit. Dosanya jauh lebih besar drp faedahnya. Kerana pertengkaran itu punca segala perangai yg jahat  Spt riak,hasad,takbur,dengki,permusuhan dan merasa bangga dgn kemampuan dri sendiri dan lain2 lagi. Nah, Jikalau engkau pada suatu hari terheret kpd kancah pertengkaran antara engkau dgn org lain atau dgn sekumpulan org dan Adalah niat yg Ada Di hatimu Utk menzahirkan kebenaran maka  di sana ada 2 tanda.
1- bahawa engkau tidak membezakan Sama ada kebenaran itu nanti tersingkap melalui lidahmu atau lidah org lain drp mu.
2- bahawa perbahasan itu lebih disukai seandainya dilaksanakan di tempat yg tertutup drp tempat yg dihadiri oleh org ramai.
Dan dlm hal ini ada satu faedah yg perlu aku mengingatkannya akan dikau,iaitu:
Ketahuilah bahawasanya menimbulkan suatu kemusykilan pada suatu masaalah itu Sama halnya dgn menunjukkan penyakit hati kpd seorg doktor. Dan jawapan yg diberikan kpd kemusykilan tersebut Sama pula halnya dgn usaha yg dibuat Utk menyembuhkan penyakit hati itu.
Dan ketahuilah bahawasanya org yg jahil itu ialah org yg sakit hatinya dan para ulama adalah sebagai doktor yg pandai mengubati. Dan org yg alim tetapi belum sempurna ilmunya atau doktor yg bukan pakar tidak layak melaksanakan Perubatan. Bahkan seorg yg alim yg telah sempurna ilmunya belum tentu ia mahu mengubati Semua org yg sakit. Mereka hanya mengubati pesakit yg diharapkan boleh sembuh atau dapat diubati. Jika seandainya penyakit itu sangat kronik( sangat susah Utk diubati) atau memang sudah tidak ada jalan Utk diubati. Maka kepandaian seorg doktor itu bahawa ia berkata: org ini sudah tidak dapat diubati. Maka doktor pun sudah tidak mahu membuang masa Utk mengubati nya. Kerana mengubati pesakit yg seperti ini samalah halnya dgn membuang masa shj.
Kemudian ketahuilah pda bahawasanya penyakit jahil (bodoh) itu terbahagi kpd 4 perkara: satu perkara shj yg boleh diubati dan tiga yg baki lagi sudah tidak boleh diubati.
Adapun 3 kejahilan yg tidak boleh diubati itu ialah:
1- org jahil yg bertanya dan menimbulkan masalah Kerana didorong oleh sifat hasad ataupun marah.
Org yg Spt ini jikalau engkau berikan kpd nya jawapan yg paling baik dan paling fasih dan paling nyata. Maka sebenarnya jawapan itu hanya menimbulkan kemarahan dan permusuhan serta kedengkian shj. Maka yg paling baik bagi org yg Spt ini bahawa engkau tidak perlu menjawabnya. Bukankah telah disebutkan dlm sebuah syair:
كُلُّ الْعَدَوَاةِ قَدْتُرْجَى اِزَالَتُهَا🔴الاَّ عَدَاوَةَ مَنْ عَادَاكَ عَنْ حَسَدِ
Ertinya:
Segala permusuhan itu adalah diharapkan akan hilangnya,kecuali permusuhan yg ditimbulkan drp org yg hasad akan engkau.
Maka sayugia bahawa engkau berpaling drp nya dan tidak perlu membuat jawapan pada pertanyaannya dan engkau biarkan dia dgn penyakitnya.
Allah taala telah berfirman:
فَاَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكْرِنَاوَلَمْ يُرِدْاِلاَّ الْحَيَوٰةَ الدُّنْيَا
Surah an najm:29
Maksudnya:
Maka berpalinglah engkau drp mereka yg telah memalingkan mukanya drp mengingati kami, dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali hanya kesenangan hidup dlm dunia ini.
Dan org yg hasad pula pada setiap perkataannya dan perbuatannya selalu menyalakan api yg menghanguskan pahala amalannya,Kerana sifat hasad itu memakan ia akan pahala segala kebaikan spt mana halnya api memakan ia akan kayu bakar.
2- bahawa adalah kejahilan itu berasal drp kedunguannya(Al hamaqah) sifat dungu ini juga tidak dpt diubati. Spt perkataan nabi isa as. Aku tidak lemah drp menghidupkan org yg telah mati,tetapi aku tidak akan berjaya mengubati org yg dungu.
Cth pertanyaan org yg dungu ini spt ada seorg yg baru shj menuntut ilmu. Ia baru sedikit belajar ilmu akal dan ilmu syarak, lalu ia bertanya dan mengi'tiradh( mengkomplen) terhadap seorg alim yg dlm ilmunya yg telah lama menghabiskan umurnya dlm Mencari ilmu akal dan ilmu syarak. Si dungu ini sebenarnya tidak mengetahui ( huraian masalah) dan ia menyangka bahawa masalah yg musykil baginya juga musykil terhadap si alim yg dlm ilmunya itu. Jadi Apabila si dungu tadi belum sampai ilmunya Spt kadar ilmu si alim Maka pertanyaan itu adalah terkira drp kedunguannya,maka soalannya itu tidak perlu dijawab.
3- bahawa org yg bertanya itu memang menghendaki petunjuk dan hidayah. Tetapi apa yg ditanyakan ialah perkataan ulama ahli sufi yg besar2. Maka pertanyaannya itu timbul drp kedengkalan kefahamannya. Org yg Spt ini Walaupun ia memang benar2 mahu bertanya tetapi ia Masih jahil dan belum layak Utk memahami perkara2 yg dalam2,Maka soalan yg Spt ini juga tidak perlu dijawab Kerana ada rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda:
نَحْنُ مَعَاشِرَ الاءنْبِيَاءِاءُمِرْنَاانْ نُكَلِّمَ النَّاسَ عَلَى قَدْرِعُقُوْلِهِمْ
Ertinya:
Kami para nabi disuruh mempercakapi sekalian manusia mengikut kadar akal mereka.
4- adapun kejahilan yg boleh diubati itu ialah kejahilan yg ada pada seseorg yg benar2 Mencari petunjuk dan ia mempunyai akal yg baik dan Cepat memahami sesuatu masalah. Ia bukan dipengaruhi oleh sifat hasad. Marah. Cintakan syahwat kedudukan dan harta benda. Dan ia adalah benar2 seorg  yg Mencari jln yg lurus  dan pertanyaannya pula bukan ber asaskan kpd hasad dan keras kepala atau semata-mata hanya mahu menguji kebolehan org yg ditanya,maka org yg spt ini lah yg dpt menerima perbaikan,maka soalannya harus dijawab bahkan wajib ke atas engkau menjawab soalannya itu.

Perkara kedua:
Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorg yg suka memberi nasihat atau memperingatkan org lain, Kerana pekerjaan ini byk mengandungi penyakit,kecuali bila engkau sudah dapat mengamalkan dgn apa yg engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati org lain. Dan hendaklah engkau fikirkan pada apa yg pernah dikatakan kpd nabi isa a.s:
يَاابْنَ مَرْيَمَ عِظْ نَفْسَكَ فَاءِنِ اتَّعَظْتَ فَعِظِ النَّاسَ وَاءِلاَّفَاسْتَحِ مِنْ رَبِّكَ
Wahai Ank maryam, nasihatlah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkan dgn isi nasihatmu, barulah engkau layak memberi nasihat kpd org lain. Jikalau tidak maka hendaklah engkau malu terhadap tuhanmu.
Tetapi apabila keadaan memaksakan engkau menjadi penasihat Maka hendaklah engkau menjauhkan dirimu drp 2 perkara.
 1- Jgn engkau suka menggunakan bahasa yg payah2 dlm perkataanmu,Spt engkau suka menggunakan ibarat2 dan isyarat2 ahli sufi dan bahasa2 mereka yg indah Kerana Allah itu benci pada org yg memaksa- maksakan dirinya.
Org yg suka memaksakan dirinya itu selalunya ia melampaui batas. Di mana hal ini menunjukkan atas batin yg rosak dan hati yg lupa.
Dan makna tazkir( memberi peringatan) itu ialah bahawa mengingati oleh seseorg hamba akan siksaan di akhirat, dan ia melihat pula kpd taksir yg ada pada dirinya pada Perkhidmatannya terhadap tuhannya dan ia memikirkan pada umur yg telah dilaluinya yg telah byk terbuang tanpa sebarang faedah dan ia memikirkan pula masa depan yg penuh dgn dugaan yg mesti dilaluinya dan ia merasa bimbang dgn  keselamatan iman yg ada dlm dirinya. Apakah ia mampu terus dlm keadaan kuat sehingga ke akhir hayatnya dan ia juga sangat cemas dgn  keadaan yg akan dilaluinya di saat kematiannya nanti dan betapa pula ia menghadapi malakul maut yg akan mencabut nyawanya dan apakah ia akan mampu menjawab pertanyaan yg akan dikemukakan oleh malaikat munkar dan nakir di dlm kubur nanti.
Begitu pula ia merasa Sedih dgn keadaannya yg belum menentu lagi di akhirat nanti dan bagaimana keadaannya ketika berdiri di hadapan Allah taala kelak. Dan apakah ia akan selamat ketika ia akan menyeberangi titian SERATALMUSTAQIM ataupun ia akan Jatuh terhunjam ke dlm api neraka. Begitulah Pemikiran yg selalu wujud di dlm hatinya dan dlm keadaan yg berterusan maka Pemikiran iniakan menggelisahkannya dan menggoncang jiwanya maka kegelisahannya memikirkan keadaan yg Spt ini dan pukulannya yg datang bertubi-tubi itu dinamakan tazkir( peringatan ).

Kemudian memberitahu hal yg spt ini pada org ramai dan menunjukkan mereka Utk memikirkannya dan menarik perhatian mereka ke atas ketaksiran dan kelemahan mereka dan mendedahkan keaiban yg ada pada diri mereka supaya kepanasan aliran Pemikiran itu dpt menyentuh hati mereka lalu menggoncang Kan kelekaan mereka,sehingga mereka menyesali diri dan berusaha menyempurnakan segala ketaksiran pada umur yg telah mereka lalui sekadar kemampuan yg ada pada mereka dan mereka merasa kesal terhadap hari2 yg telah berlalu yg tak dpt diisi dgn ketaatan kpd Allah taala. Maka pekerjaan yg spt ini dan dgn cara yg kita terangkan tadi dinamakan nasihat.

Sama halnya dgn cara engkau memberitahu keadaan banjir yg sedang melanda rumah seseorg,sedangkan penghuni dan seluruh keluarganya Masih berada di dlm rumah itu,maka engkau hanya mengatakan: bahaya!! Bahaya!! Cepat keluar!! Larilah drp banjir! Apakah dlm keadaan begini kamu masih perlu mengkhabarkan penghuni rumah itu dgn ibarat yg sulit2 dan kalimah yg susah2 ataupun dgn isyarat yg sukar difahami. Sudah tentu engkau tidak mahu berbuat demikian. Maka samalah halnya  dgn seorg yg memberi nasihat itu. Hendaklah ia menjauhi drp ibarat yg sulit dan kalimah yg susah2 dan isyarat yg sukar difahami.
 2- Jgn lah hendaknya niat mu dlm memberi nasihat itu supaya makhluk banyak berhimpun di dlm majlismu atau supaya mereka menunjukkan perasaan yg sangat kagum dgn kebolehan mu dan mungkin mereka akan mencarik- carik pakaian( dgn tidak sedar,kerana terlampau asyik) lalu nanti ada org yg berkata: aduhai bagusnya majlis ini. Jikalau hatimu berniat demikian maka ini merupakan kecenderungan bagi dunia,dan bersumber drp kelalaian hatimu. Bahkan hendaklah niatmu dan segala usahamu hanyalah mengajak manusia lari drp dunia menuju ke negeri akhirat dan mereka meninggal kan maksiat dan mengerjakan ketaatan dan mereka juga menghilangkan sifat tamak terhadap dunia dan menuju ke arah kezuhudan dan mereka juga meninggalkan sifat bakhil dan menghiasi diri dgn sifat kemurahan,dan mereka menjadi org yg waspada terhadap tipuan dunia dan sentiasa melazimi ketakwaan.

Sepatutnya engkau dlm memberi nasihat itu hendaklah menggemarkan kpd mereka akan akhirat dan membencikan kpd mereka akan dunia dan engkau ajarkan kpd mereka ilmu Utk mereka dapat beribadat kpd Allah dgn sempurna dan engkau tunjuk Kan kpd mereka jln kezuhudan, Kerana  yg ghalib atau yg menjadi kebiasaan bagi mereka ialah suka memesongkan diri drp   Landasan syarak dan mengerjakan perkara2 yg tidak diredhai oleh Allah taala dan memperosokkan diri ke dlm Jurang akhlak yg hina. Maka hendaklah engkau campakkan ke dlm hati mereka akan rasa takut dan bimbang dan nyatakan kpd mereka bahaya yg akan mereka hadapi. Barangkali dgn cara yg demikian hati mereka akan berubah dan cara hidup mereka akan bertukar kpd keadaan yg lebih baik dan akan lahir di kalangan mereka kegemaran yg sungguh2 terhadap ketaatan dan usaha yg gigih utk meninggalkan segala bentuk kemaksiatan.
Maka ini lah cara nasihat yg benar. Dan apa jua nasihat yg tidak mempunyai ciri2 yg spt ini maka ia merupakan satu bala bagi org yg berkata dan juga bagi org yg mendengarnya,bahkan ia merupakan lembaga dan syaitan yg akan memesongkan makhluk drp jln yg benar dan akan membawa mereka kpd jurang kebinasaan. Maka wajiblah ke atas org ramai bahawa mereka lari drp nya kerana apa yg dirosakkan oleh org ini dlm urusan agama mereka adalah lebih byk drp apa yg dpt dilakukan oleh syaitan. Dan pihak penguasa wajib menurunkannya drp atas mimbar dan wajib menahannya drp meneruskan nasihatnya,kerana menegah org yg spt ini termasuk dlm kategori Al amru bil ma'ruf,wan nahyu 'anil munkar( menyuruh dgn kebaikan dan melarang dari kemungkaran).

Perkara ketiga:
Bahawa Jgn engkau bergaul dgn gabenor2 dan raja2( yg zalim) dan Jgn engkau melihat mereka, Kerana melihat mereka dan duduk dlm majlis bersama-Sama dgn mereka atau bergaul dgn mereka merupakan satu penyakit yg sangat benar. Seandainya engkau terpaksa berbuat demikian maka Jgn engkau sekali-kali memuji atau menyanjung mereka. Kerana Allah taala benci apabila org yg fasik atau org yg zalim itu dipuji. Dan siapa yg mendoakan panjang umur bagi mereka bermakna ia telah suka bahawa maksiat terus dikerjakan di atas bumi ini.

Perkara ke empat:
 Bahawa jgn engkau sekali-kali menerima sebarang pemberian drp gabenor2 atau raja2( yg zalim) itu dan begitu pula jgn engkau menerima hadiah mereka,Walaupun engkau mengetahui bahawasanya pemberian atau hadiah itu adalah drp sumber yg halal. Kerana tamakmu kpd pemberian mereka itu merosakkan agamamu dan sudah pasti akan lahir di dlm dirimu sifat kepura-puraan dan terpaksa meraikan mereka. Dan juga menyetujui atas kezaliman mereka. Dan semuanya ini merupakan perkara2 yg sangat merosakkan agama. Dan sekurang2 mudharat yg akan terkena  kpd engkau bila engkau telah menerima pemberian mereka atau telah mengambil manfaat drp dunia mereka ialah bahawa engkau mencintai mereka.
Maka siapa yg mencintai  seseorg sudah pasti ia suka akan panjang umurnya dan kekal kuasanya dan dlm engkau mencintai  kekal kuasa si zalim ini bermakna pula engkau menghendaki kerosakan dan kezaliman itu terus berlaku di atas muka bumi ini terhadap makhluk2 Allah. Ini juga bermakna  engkau menghendaki kerosakan di dlm dunia ini. Maka adalah lagi di sana satu perkara yg lebih merosak agamamu selain drp perkara ini.
Dan jgn lah engkau tertipu dan sekali lagi Jgn lah engkau  tertipu dgn godaan syaitan atau dgn perkataan sesetengah org yg mengatakan: bahawa yg lebih baik Dan yg lebih utama bahawa engkau ambil shj wang dinar dan dirham drp mereka lalu engkau bahagikan wang itu di kalangan fakir dan miskin. Kalau tidak , mereka nantinya akan membelanjakan wang tersebut utk berbuat kefasikan dan kemaksiatan. Jadi yg lebih baik engkau ambil shj wang itu lalu engkau sedekahkan atau engkau bahagikan kpd org2 yg lemah.
Maka jgn engkau tertipu dgn perkataan yg spt ini Kerana sebenarnya syaitan telah byk menjerumuskan org dgn helah ini. Dan Hal ini telah kami terangkan dgn panjang lebar di dlm kitab ihya'ulumiddin. Maka hendaklah engkau merujuk ke sana( sila rujuk masalah ini dlm kitab Al halal wal haram. Ihya'ulumiddin juzuk 2).

No comments:

Post a Comment