ILMU MAKRIFAT & HAKIKAT NABI MUSA A.S.
Surah Al Baqarah, ayat 54, Allah berfirman :
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلْعِجْلَ فَتُوبُوٓا۟ إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". (Al-Baqarah - 54)
Adakah Nabi Musa menyuruh kaumnya membunuh diri kerana perilaku syirik menyembah patung anak lembu?
Menurut muzakarah ahli-ahli Makrifat, kenyataan Nabi Musa ini merupakan sikap melebur diri (mati sebelum mati)
Kalamullah ini terjadi ketika Allah mentajalikan diriNYA kepada Nabi Musa...
Apabila kita ingin mengenal Sifat Ketuhanan (Makrifat), pertama sekali ialah mengenal diri (Hakikat)...
Apabila kita mengenal diri, ternyata diri kita ini sebenarnya terdiri kewujudannya dari Zat, Sifat, Asma' & Af'al Allah...
Di situ terletaknya pembuktian nyata & ghaib kekuasaan Allah yang terletak pada diri manusia itu sendiri...
Kerana itulah terbitnya keyakinan & keimanan bahawa Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah (Agama Tauhid)
No comments:
Post a Comment