Ketahuilah olehmu wahai salik(orang-orang yg menuju kepada Allah)!
Ilmu yg dinukilkan oleh akal semata-mata tanpa bersandarkan kepada petunjuk Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w adalah sesat dan menyesatkan orang lain daripada jalan Makrifatullah yg sebenar
Rujuklah kepada kitab-kitab para ulamak sufi yg muktabar r.a untuk menuju kepada Makrifatullah yg sebenar
Janganlah berpandukan kepada kitab-kitab yg tidak diketahui siapa penulisnya dan kepada kitab-kitab yg disandarkan kepada orang yg benar, tetapi isi kandungan kitabnya tidak benar
Ikutilah guru-guru yg Wasil yg berpegang kepada Syariat Nabi Muhammad s.a.w
Masing-masing ilmu ada ahli zamannya dan ilmu itu diambil daripada ahlinya yg benar, bukan yg dicedok didalam perigi buta
Semoga Allah memberi petunjukNya kepada kita sekalian kepada jalan Makrifatullah yg sebenar
Tanyalah kepada Guru Mursyid yg Wasil
- BUTA SELAIN ALLAH
No comments:
Post a Comment