Friday, 26 August 2016

KATA-KATA HIKMAH

KATA-KATA HIKMAH DARI WALI ALLAH YANG TELAH MENGALAMI FANA
Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthami; “Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?”. Abu Yazid menjawab: “Diri saya telah hilang (fana) dalam mengenang Allah hingga saya tidak tahu malam dan siang”.
Satu ketika Abu Yazid telah ditanya orang bagaimana kah kita boleh mencapai Allah.. Beliau telah menjawab dengan katanya:
“Buangkanlah diri kamu.. Di situlah terletak jalan menuju Allah.. Barang siapa yang melenyapkan (fana) dirinya dalam Allah, maka didapati bahawa Allah itu segala-galanya”.
Beliau pernah menceritakan sesuatu tentang fana ini dengan katanya;
"Apabila Allah memfanakan saya dan membawa saya baqa denganNya dan membuka hijab yang mendinding saya dengan Dia, maka saya pun dapat memandangNya, dan ketika itu hancur leburlah pancaindera ku dan tidak dapat berkata apa-apa.. Hijab diriku tersingkap dan saya berada di keadaan itu beberapa lama tanpa pertolongan sebarang panca indera.. Kemudian Allah kurniakan saya Mata Ketuhanan dan Telinga Ketuhanan dan saya dapati segala-galanya adalah di dalam Dia juga.”
Al-Junaid Al-Bagdadi yang menjadi Imam Tasawuf kepada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah pernah membicarakan tentang fana ini dengan kata-kata beliau seperti berikut: "Kamu tidak mencapai baqa (kekal dengan Allah) sebelum melalui fana (hapus diri).. Membuangkan segala-galanya kecuali Allah dan ‘mematikan diri’ ialah kesufian..
Seorang itu tidak akan mencapai Cinta kepada Allah (mahabbah) hingga dia memfanakan dirinya.. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu bagi pandangan orang-orang biasa adalah dongeng belaka."

No comments:

Post a Comment