Tuesday, 2 August 2016

KENAL ALLAH

SUDAH KENAL ALLAH?
Di peringkat Pengajian :
"Kalau kita ini benar mahu mengikut sunnah Rasul, sewajarnya kita mesti bertemu ALLAH dalam keadaan nyata seperti Muhammad ketika meniti Sidratul Muntaha, Musa sewaktu berada di Lembah Thuwa, dan Ibrahim.. Inilah sunnah yang sebenar iaitu mengenali hakikat penciptaan kita di muka bumi Allah selaku KHALIFAH FIL ARDH..
Bukan hanya kita akan jumpa Allah apabila hari kiamat nanti, sedangkan Allah selalu sahaja bersama kita baik dalam keadaan apa pun.. Rujuk surah Al-Baqarah, ayat 186.. Hanya kita sahaja yang tidak bersama dengan Al-Rahman..
Al-Baqarah, 186. Firman Allah: "sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa bersama mereka."
"Barang siapa Buta di dunia maka di akhirat ianya Buta dan bertambah sesat lagi."
Di dunia ini pun seorang arif perlu menyaksikan Allah.. Kalau tidak dapat menyaksikan Allah maka belum dikatakan kenal..
Hijab yang paling besar apabila kita merasakan diri kita sudah kenal akan ALLAH, tetapi pada hakikatnya kita masih belum kenal ALLAH, kerana kita duduk dalam sangkaan semata-mata.. Hijab ini dikatakan paling besar kerana kita tidak akan mengubah paradigma ilmu dan kefahaman kita kerana kita rasa kita sudah cukup mengenali ALLAH..
Jadi kena periksa la balik samada kita ni dah kenal Allah ke tidak.. Kalau sekadar syok sendiri dan rasa sudah kenal Allah, itu namanya SYOK SENDIRI.. Itu yang selalu mengaku dah kenal Allah.. Kenalilah diri anda sehabis mungkin, maka kalian akan mengenali Allah dan baru kalian mengerti kesaksian ESA nya Allah itu.. Amiin
Soalan :
Apa kata kalau kita bincangkan isu yang saya tinggalkan...
Bagaimanakah yang dikatakan SUDAH KENAL ALLAH?
Jawapan :
Salam sejahtera, salam kasih dan sayang dari saya. Atas permintaan peribadi yang ditujukan.. saya sekadar berkalam bagi renungan dan mencari kefahaman, pengetahuan untuk diri sendiri..
Bagaimanakah yang dikatakan Sudah Mengenal Allah?
Airnya manis buah Kelapa..
Buah diambil guna Galah..
Tangan dihulur harapkan pahala..
Sudahkah kita mengenal Allah..
MENCARI KENAL
Dalam mengenal Allah itu, tidaklah terikat, tertakluk kepada hanya satu kaedah sahaja.. Kerana itu kita perlu kepada adanya ilmu dan guru bagi mencari dan mencapai tujuan..
Setiap orang mempunyai jalan dan cerita tersendiri bagi menuju Kenal Kepada Hakikat Pencipta (Allah)
Ada orang mengenal Allah dengan hanya membaca..
Ada orang yang mengenal dengan menguburkan diri jasad nya yang hidup ke liang kubur..
Ada yang mengenal dengan ditimpa berbagai musibah dan masalah..
Ada yang mengenal dengan berguru dengan bermacam2 guru..
Ada yang mengenal dengan hanya tidur..
Ada yang mengenal Allah dengan mimpi..
Ada bermacam cara lagi bagi seseorang dapat mengenal akan hakikat penciptanya Allah.
Kerana itu, bagi orang yang faham dan tidak terikat dengan kepompong fikirannya semata-mata tidak menyalahkan apa sekali pun kefahaman dan pegangaan seseorang..
Kerana apa jua cara dan kaedah itu hanya jalan bagi menuju kepada satu hal tujuan iaitu menuju kepada Allah.
Allah menjadikan sesuatu itu berpasang-pasangan...
Ada zahir ada batin
Ada jahil ada pandai
Ada bahagia ada derita
Ada syariat ada hakikat
Al-Quran juga membawa maksud
tersurat dan tersirat.
Ramai orang kebanyakan terus menjatuhkan hukuman ini salah! Ini sesat!
Dan tidak ramai yang mencari sebab sebelum menjatuhkan hukum.. Andai pun yang mencari sebab.. Ramai yang mencari sebab untuk menghukum.
Memang hukuman itu perlu bagi yang berbuat salah, tetapi sebelum menjatuhkan hukum, adalah baik kita mencari sebab.. Harus mencari sebab dahulu daripada memandang dan menjatuhkan hukum..
Kesimpulannya.. Ada ketikanya, betul bagi seseorang itu mungkin salah bagi seseorang yang lain. Ada ketikanya, benar di satu pihak, dan salah bagi pihak lain. KENAL bagi saya, mungkin Tidak Kenal bagi tuan.
Amiin

No comments:

Post a Comment