Tuesday, 9 August 2016

kalam

Ahli-Allah iaitu ahli Makrifatullah yg sebenar adalah pilihan Allah, anugerah dan kurniaan Allah semata-mata

Allah mustahil akan tersalah didalam pilihanNya, Dia Maha Bijaksana lagi Maha Sempurna

Allah telah memilih para Nabi dan Wali-WaliNya diazali lagi didalam kitab Al-Mubin

Allah memilih para Nabi dan Wali-WaliNya bukan kerana keutamaan mereka itu, tetapi kerana semata-mata KehendakNya

Anugerah dan kurniaan Allah terdahulu sebelum wujudmu

Tiada yg akan terpimpin melainkan yg dipimpin oleh Allah dengan anugerahNya

Kesudahan guru itu adalah Allah, Dia adalah Maha Guru para Arif-Billah

Sebelum engkau berguru dengan Allah, maka dekatilah para Arif-Billah kerana mereka adalah pintu-pintu kepada Tuhan

Sebelum engkau datang mengunjungi kaabah dimekah, maka kunjungilah pintu-pintu para Arif-Billah kerana mereka adalah pintu-pintu kaabah hati

Ketahuilah olehmu! Hati para Arif-Billah itu adalah rumah (kaabah) Allah dibumi

-  BUTA SELAIN ALLAH

No comments:

Post a Comment