Friday, 1 July 2016

Wali

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni Dajjal, orang kafir dan pengikutnya !!

Kenapa Dajjal, Eropah, freemason, illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat?

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub(dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah,maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kpd para Sahabat nabi, hanya dengan 313 tentera dlm keadaan kelengkapan yang kurang, dapat mengalahkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Saidina Khalid Al-Walid, hanya dengan membawa 59 orang tentera Sahabat, mereka dapat hancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih...

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah yang ulama namakan dengan nama "tasawwuf" dan akidah yang sahih iaitu akidah ahlusunnah waljamaah yang disusun oleh mazhab asya'irah dan maturidiyyah... baca sejarah Sultan Salahuddin Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah asy'ari dan bermazhab syafie, baca sejarah sultan muhammad al-fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi mujahid2 lain...

Begitu juga peperangan moden seperti perang afghan dengan russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh org Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, akidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain2 tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur.. Begitu juga mujahid2 chechen yang menentang Russia juga dlm keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab syafie, berakidah asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi...mereka hancurkan musuh dengan zikir!

Di tanah melayu juga, para pejuang melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab syafie, berakidah asy'ari dan ahli sufi... Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman yang nak istana balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit offer diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi offer untuk bawa istana tu hanya dengan sekelip mata!

Sejak dari hari itu syaitan, jin, dajjal, iblis sangat ANTI kepada ahli sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat! Ahli sufi yang memang terkenal sbg jemaah zikir sangat digeruni Dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu...

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya...
Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sptimana mreka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan... Apa yang Dajjal lakukan?

1) Mereka jauhkan ahli sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan,politik,duit dan sebagainya sehingga geng2 tareqat pun sibuk nak berpolitik jugak sedangkan sejak dulu kaum sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dlm hati seperti hiburan,politik,duit dan lain2...bila ahli sufi dijauhkan dari amalan sufi,maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka org kafir,tidak ada org islam yang akan percaya,maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh syeikh ramadhan al-butti iaitu
jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia..
ketiga2 jemaah ni wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya sesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Malaysia, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan umat melayu islam kerana umat melayu islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab syafie, akidah asya'ari dan amalan2 sufi... zikir2 mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini...

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi.. jadi jangan hairan lah kenapa budak2 wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf... kini di malaysia, jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak2 wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan2 soleh di malaysia dengan alasan bidaah, kufur, syirik, tahayul bla bla bla... zikir lepas solat pun dituduh bidaah dan masuk neraka....

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup..bila ahli sufi mula menjadi wahabi dan tinggalkan zikir,maka sekali lagi pada zaman milenium ini,dajjal menghantar tenteranya di negara2 umat islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat2 islam telah dizalimi dengan teruk! Kerana mereka dulu yang berpegang tguh pd amalan2 soleh,kini mereka tinggalkan kerana "bidaah",maka nusrah Allah pun hilang...tentera2 sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam hasan albanna yang bermazhab hanafi,berakidah asyari dan ahli tareqat tijani(tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab,menolak zikir,bidaah sna sni dan mula canang slogan "islam itu mudah" sperti geng2 wahabi...mreka sudah lupakan perjuangan asal imam hassan albanna yang pegang teguh pada manhaj ahlu sunnah wal jamaah....

Tapi kelak, jemaah sufi ini akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya,hatinya penuh kebesaran allah dan mereka akan muncul menjadi tentera mahdi seperti yang dikhabarkan dalam hadis contohnya sebuah hadis yang menceritakan bahawa umat islam akan ditimpa bencana kemarau dan tak da makanan selama bertahun2 ketika dajjal datang,hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana ikut dia..para sahabat bertanya apa makanan umat islam ketika itu?nabi jawab ZIKIR..

Begitu juga dalam hadis yang lain nabi khabarkan tentera2 imam mahdi akan hancurkan musuh hanya dengan TAKBIR dan zikir2 lain...!

Tidak mungkin tentera2 mahdi yang kuat bezikir ini datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat" yang tidak pernah dicontohkan oleh nabi atau pun sahabat...

Maka jemaah zikir mana yang Nabi maksudkan akan bersama Imam Mahdi?
Semoga Allah tetapkan hatiku dan seluruh keluarga dan keturunanku dengan "zikir" yang sangat digeruni Dajjal.....

No comments:

Post a Comment