petikan kuliah dhuha syeikh abdullah 22/7/16
: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسو ل لله وعلى آله وصحبه اجمعين...
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علماوارزقنا فهما
Kata Syeikh ra..
Hilangnya kekesalan atau kesedihan (akibat kekurangan khidmat yang dilakukan kepada Allah) dan tangisan (akibat takut Tuhannya yang memiliki azab yang amat dahsyat) dalam maqam suluk, adalah satu tanda daripada tanda2 orang yang terbiar atau celaka (tidak dikurniakan taufiq untuk berkhidmat kepada Nya)
Hilang rasa kesal dan dukacita, sedih dan menangis kerana kurang khidmat kepada Allah adalah tanda jauh daripada hadrat Allah dan tiada taufiq drp Allah
Tinggalkan segera makhluk dan kembali kepada Allah.. halau dan singkirkan semua yg mengganggu pintu hatimu. Hampirilah pintu Allah kelak akan terbuka pintu dan dipersilakan masuk ke hadrat Allah
Basuh lah hatimu dgn taubat dan istighfar dan beribadah lah kepada Allah dengan menurut batas syariat
Menyesal lah dan tangisilah atas segala kekurangan dan kelemahan kerana melanggar perjanjian dengan Allah dengan penuh rendah diri
Jika kamu buat salah dengan Allah mu boleh nangis dok. Kalu dok nangis lagi, kamu belum kenal Allah. Kalu mu kenal Allah pasti mu menanggis dan meraung kerana buat dosa...
kata Syeikh kita
Banyakkan munajat dengan Allah dengan rasa rendah diri zahir dan batinmu ditengah malam yg sunyi sepi dan gelap gulita dengan tangisan dan titisan airmata yg bercucuran ..
Duduk dlm bilik bersendirian, gelap api, berselimut dan pejam mata, dan tiliklah segala dosa2 dan salah silap mu nescaya kamu akan menangis dan meraung mengenang kan segala dosa2 kamu dengan Allah
Kata Syeikh ra..
apabila hati telah melupakan keinginan syahwat, maka ia akan menjadi sejahtera dan tenteram
Apabila hati dapat bersabar dan berpaling terus daripada keinginan syahwatnya, itu bererti ia terpelihara daripada segala penyakit dunia dan kesakitan akhirat yg menyeksakan
Kesakitan ahli Bashirah itu ialah apabila hatinya berpaling daripada Tuhannya
Bersungguh2 berzikir biar kekal dalam hati dulu... tak ada kejayaan org yg belum kekal zikir dlm hati..
kata Syeikh kita
Ubatilah hati dengan sentiasa berhadap kepada Allah dengan mengekal zikrullah
Mohonlah pertolongan Allah agar dipermudahkan untuk memerangi hawa nafsu sehingga anda merasai yg pabit itu manis seperti madu
Kata Syeikh ra..
Sesiapa yang tidak mahu meminta pertolongan dengan Allah untuk memerangi nafsunya nescaya dia akan tewas
Tidak akan dapat menewaskan nafsu malainkan dengan pertolongan Allah. Justeru itu mohon lah pertolongan Allah dalam memerangi nafsu
Masuklah kedalam gerbang kota Allah nescaya kamu akan selamat
Ramai org terpesong dan sesat kerana tafsir sendiri dengan meninggalkan syariat yg wajib...
kata Syeikh kita
Bila tengok org hebat, betul dok dia hebat tengok pada taqwa.. ada dok taqwa pada dirinya... kalu tak dok taqwa, tinggallah.
Kata Syeikh kita
Sesungguhnya orang yang taat kepada Allah, akan taat kepada Nya oleh setiap sesuatu
Apabila nafsu itu sudah sepakat dan selari dengan kehendak Allah dalam setiap ketaatan maka jadilah nafsu itu tunggangangnya... itulah sebesar2 karamah bagi ahli makrifat
Jgn kagum dengan org yg dapat menjinakkan binatang yg buas, tapi kagum dan tercengganglah org yg dapat menjinakkan nafsunya yg buas..
Bukanlah terlipatnya perjalanan yg jauh tetapi terlibat segala sifat dirinya, tiba2 dia berada disisi Allah
Kata Syeikh ra..
Sesiapa yang tidak mendirikan (menegakkan) adab2 ahli bidayah (orang yg dipermulaan perjalanan kepada Allah), bagaimana dia akan mendapat istiqamah untuk membenarkan dakwaannya telah mencapai maqam Ahli Nihayah (org yg sudah sampai kepada Allah)
Orang yg tidak beradab, dan tidak sah adab dalam perjalanan menuju Allah diharamkan untuk sampai kepada Allah
Jalan menuju Allah itu kesemuanya adalah adab
Orang yang menceraikan adab dan tidak beradab tidak akan sampai kepada Allah
Semakin sempurna adab semakin bertambah ubudiyyah dan perasaan cinta nya kepada Allah
Demi Allah tidak akan sekali sampai kepada Allah dengan angan2 saja
Semakin bertambah kejernihan hatinya yang sudah tergilap maka semakin bertambah pula khidmat kepada kekasih Nya
Setiap kali bertambah kejernihan muamalahnya maka akan semakin hilang kepayahan dan kekeruhan sehingga dia dikurniakan Allah pelbagai anugerah dan nikmat
Ahlillah lebih suka bersendirian beribadah dan berzikir pada waktu malam yg sunyi sepi
Sesungguhnya orang yang kamil itu adalah orang yang sentiasa mengekalkan jalan bidayahnya dan menyempurnakan adab2nya.
Sempurnakanlah perkhidmatanmu kepada Nya saja sudah tentu anda akan termasuk dalam kalangan orang yang byk beribadah. Berpalinglah daripada segala yang boleh memutuskan jalan ibadah dan bersungguh2 berbuat ibadah kepada Allah
Kata Syeikh ra..
Tolak dan buangkanlah dunia kepada orang yang menghadap kepadanya, dan hadapkanlah dirimu kepada Maulamu.
Sesiapa yang mengosongkan hatinya daripada kesibukan dunia nescaya al Haq menempatkan dirinya untuk berkhidmat kepada Nya saja
Campakkan dan berpalinglah daripada dunia nescaya akan mudah untuk berjalan kepada Allah
Barangsiapa yg mengosongkan hatinya daripada memikirkan kesibukan dunia nescaya Allah akan menempatkan dirinya untuk berkhidmat kepada Nya dan mengangkat dirimu kepada maqam yg tinggi
Berpalinglah anda daripada memikirkan kesibukan dunia yang paling hina. Hadapkan hatimu sungguh2 kepada Allah agar sampai kepada Allah..
Putuskanlah segala pergantungan mu selain Allah..
Bersungguh2lah berkhidmat kepada Allah.
Sucikanlah hatimu daripada segala pengaruh cengkaman alam benda yg palsu ini dan janganlah sekali2 anda mencemarinya dengan menyebut sesuatu selain Allah meskipun syurga atau neraka
وبالله التوفيق والهداية..
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
آمين يارب العالمين
والله اعلم
No comments:
Post a Comment