Ada pun para Kekasih Allah itu mereka akan berasa malu dan seboleh-bolehnya tidak mahu meminta-minta kepada Allah (Uwais Al Qarni)
Menurut mereka Allah telah menetapkan ketentuan dan ketetapan ke atas segala sesuatu perkara sejak Azali lagi.. Allah tidak buat kerja 2,3 kali.. Apabila Allah berkata KUN (JADILAH) maka semua perkara terjadi dan (FAYAKUN) berjalanlah segala sesuatu itu mengikut ketetapan dan ketentuan yang telah ditentukanNya sejak Azali lagi.. Dari sekecil² perkara seperti gugurnya sehelai daun ke tanah itu juga telah ditentukan oleh Allah dalam IlmuNya..
Tidak ada pembetulan atau ubah semula.. Kita yang merasakan doa kita telah makbul, sebenarnya termakbulnya doa kita itu juga telah ditetapkan oleh Allah atas sifat PemurahNya..
Kalau Allah sentiasa mengubah segala sesuatu mengikut permohonan hamba² nya, maka Dia bukanlah Maha Bijaksana dan Maha Merancang, kerana perancanganNya selalu berubah-ubah mengikut permintaan hamba2Nya..
No comments:
Post a Comment