CINTA ALLAH
Orang yang asyik cinta kepada Allah, ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala..
Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah perintahkan kepadanya.. Dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya.. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah..
Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya.. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya.. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah.. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah..
Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah.. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya, hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."
*Jawapan dari Al-Junaid Al-Baghdadi, seorang tokoh sufi di Baghdad (830-910M) ketika sekumpulan ahli sufi bertanyakan kepadanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan konsep "Cinta kepada Allah?"
No comments:
Post a Comment