KENYATAAN-KU SEMATA
"Nama AKU itu adalah Allah, maka sebab itulah sekalian alam beserta isinya ini terbit daripada AKU, bukan daripada namaku yang Allah itu tadi"
Ada pun yang dikatakan sebenar-benarnya Allah itu ialah AKU, AKU itulah ALLAH, kerana AKU itulah yang memerintah kepada badan, jikalau AKU itu bergerak maka bergeraklah badan.
Af’al-AKU itu tubuh pada insan, Asma-AKU itu hati pada insan, Sifat-AKU itu nyawa pada insan, Zat-AKU itu Sirr pada insan.
Sirr pada insan itu tempat tajali Zat-AKU, Nyawa pada insan tempat tajali Sifat-AKU, Hati pada insan tempat Tajali Asma’-AKU, Tubuh pada insan tempat tajali Af’al-AKU.
Ada pun yang dimaksud diri yang batin itu nyawa, dari anasir yang batin itu iaitu wujud, ilmu, nur, suhud yang dinamakan hakikat insan.
Ada pun diri insan yang zahir itu umpama sebuah wayang yang digerakkan oleh dalang, dan ada pun 7 sifat itu ialah Hayat, Ilmu, Kudrat, Iradat, Samak, Basar, Kalam, maka yang 7 sifat itu adalah sifat-KU yang berkuasa menggerakan tubuh, kerana tubuh insan itu semata-mata wayang, yang tiada mempunyai gerak melainkan dengan gerak Dalang.
Kerana itu tiada bercerai dalang dengan wayang dan wayang tiada bercerai dengan dalang, jikalau bercerai nescaya binasa wayang, gerak dalang yang tiada berkesudahan itu dinamakan SOLATUL DAIMUL HAQ.
Gerak dalang yang KELUAR itu bernama NAFAS, dan yang dinamai AMPAS itu gerak dalang dari hidung sampai ke bawah leher, dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dalang dari bawah leher sampai ke hati, dan yang dinamai NUPUS itu gerak dalang di dalam hati. Demikianlah keadaan wayang dengan dalang senantiasa tiada bercerai dari azali.
Barang siapa mengenal akan TUBUHnya, nescaya ia mengenal akan HATInya.
Barang siapa mengenal akan HATInya, nescaya ia mengenal akan NYAWAnya.
Barang siapa mengenal akan NYAWAnya, nescaya ia mengenal akan ZATnya.
Barang siapa mengenal akan ZATnya, nescaya ia mengenal akan SIRRnya.
Barang siapa mengenal akan SIRRnya, nescaya ia akan mengenal AKUnya yang qadim adanya.. LALU masihkah dirimu itu ada jika keadaanmu itu adalah keadaan AKU SEMATA..??
Ingatlah : "WUJUDUKA ZAHRU WALA YUQA MUBIHI ZAHBU, Barang siapa mengadakan DUA WUJUD nescaya jadi SYIRIK"
No comments:
Post a Comment