Monday, 25 July 2016

HAKIKAT DIRI


HAKIKAT DIRI
Bentuk² zahir yang wujud ini adalah kesan belaka dari adanya ‘Diri’.. Pada hakikatnya diri manusia adalah Ruhnya.. Tanpa Ruh manusia itu mati dan tidak dapat bergerak, berfikir, dan berjuang.. Yang menjadikan Ruh itu ialah Allah s.w.t..
Ruh itu tidak dapat berbuat apa² jika tidak diizinkan oleh Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, Ruh itu bergantung kepada Allah.. Jadi siapakah ‘Diri’ pada hakikatnya?
Yang dimaksudkan dgn ‘Diri’ di sini ialah Allah itu sendiri, kerana Dia Maha Hidup dan menjadikan segalanya.. Dari itu apa saja yg kita lihat dalam alam ini adalah kesan² dari adanya Allah Yang Maha Agung itu..
Diri manusia, iaitu Ruh itu, hendaklah dilengkapi dengan iman dan tauhid agar diri itu menjadi ‘sempurna’ yang menggoncang alam ini, dan membuat sesuatu yang luar biasa, misalnya Nabi Ibrahim tidak terbakar dalam api yang menyala lantaran imannya yang tulin dan kukuh kepada Allah..
Ruh manusia tidak tertakluk kepada ruang dan waktu.. Ia bukan dari jenis alam nyata ini.. Ruh itu terletak di alam ghaib yang tepi dan sempadannya tidak diketahui.. Allah sahaja yang mengetahuinya.. Allah sendiri menerangkan bahawa Ruh itu adalah dari urusan (Amr) Nya..
Ruh yang bersinar dengan iman itu sentiasa bersama dengan Allah seperti dalam firman “Qalbu Mukmin Baitullah” ertinya hati orang mukmin itu rumah Allah.. Ruh Nabi² dan Aulia adalah ruh yg suci dan agung di sisi Allah, dan mereka itu berjuang dalam hayat mereka di dunia ini untuk merevolusikan jiwa dan fikiran manusia, untuk membawa mereka lari dari belenggu syirik kepada kebebasan tauhid, agar dgn itu manusia itu menjadi manusia yang sebenarnya.
Oleh itu perteguhkanlah diri sendiri dan perkuatkan iman kepada Allah. Dengan itu sahaja seorang muslim dapat menebus kembali kejatuhannya.

No comments:

Post a Comment