HAKIKAT SEMBAHYANG
Hakikat sembahyang itu adalah berdiri menyaksikan diri sendiri.. Sembahyang untuk bersaksikan dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada kita adalah ALLAH yang merupakan diri batin dan MUHAMMAD itu adalah diri zahir kita yang membawa dan menanggung rahsia Allah s.w.t.
Ada pun hakikat sembahyang itu, terkandung di dalam surah Al-Fatihah iaitu kalimah 'ALHAMDU' (ALIF, LAM, HA, MIM, DAL), kerana sembahyang yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. ketika Israk dan Mikraj itu, berhakikatkan perkataan 'AHMAD' (ALIF, HA, MIM, DAL), kerana mengambil sempena akan hakikat perkataan pertama lembaga Adam a.s. setelah Jibril memasukkan roh (diri batin) Adam. Di mana apabila sahaja roh tersebut sampai ke tahap dada lembaga Adam pun terus cuba berdiri dan bersin dengan disertakan kata 'ALHAMDULILLAH'.
Ada pun hakikat sembahyang sesungguhnya berhakikat 'ALHAMDU'.. Bermula huruf 'ALIF' itu adalah hakikat niat sembahyang kita. Huruf 'LAM' itu adalah hakikat berdiri. Huruf 'HA' itu adalah hakikat rukuk. Dan huruf 'MIM' itu adalah hakikat sujud. Dan huruf 'DAL' itu adalah hakikat duduk di antara dua sujud.
Ada pun perkataan 'ALHAMDU' ertinya 'memuji'.. Apa yang dipuja ialah zat, sifat, asma, dan af al Allah s.w.t.
Perkataan pertama di dalam pemujaan dan pujian kita di dalam sembahyang adalah dengan kita berkata 'ALLAHU AKBAR', iaitu di dalam Takbiratul Ihram.. Kita berkata demikian kerana mengambil sempena kata-kata manusia pertama Adam a.s. di kala sempurnanya roh diri rahsia Allah dimasukkan ke dalam tubuh lembaganya. Lantas Adam pun berdiri menilik dirinya yang elok dan terus baginda berkata 'ALLAHU AKBAR'.
Admin Nur Muhammad
No comments:
Post a Comment