FEKAH DAN TASAWUF
Berkata Imam Syafie: Kami mendahului ilmu tauhid dahulu sebelum ilmu fekah..
Berkata Imam Abu Hanifah: Ketahuilah sesungguhnya mendalami ilmu tauhid lebih afdhal dari mendalami ilmu hukum-hakam..
Berkata Imam Abu Hasan Al-Ash’ary: perkara pertama wajib dipelajari oleh seorang hamba itu adalah ilmu mengenal Allah..
Sesiapa yang hanya bertasawuf tanpa feqah, maka zindik lah akan dia.. Sesiapa yang hanya berfeqah tanpa tasawuf, maka fasiq lah akan dia.. Sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya, maka sesungguhnya tahkik lah akan dia..
(Imam Malik R.A. di dalam Kitab Ain al-Ilmu Wa Zain al-Hilm.)
*Permulaan tasawuf ialah ilmu, pertengahan tasawuf ialah amal, dan penghujung tasawuf ialah kurnia.. Berpegang kepada hati yang amanah, perbuatan yang siddiq, lisan yang tabligh dan akal yang fatanah..
Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan tarekat belum betul lagi kedudukannya.. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya..
No comments:
Post a Comment