BERSERAH DIRI
Soalan pertama di alam barzakh, "Ma Rabbuka".. Siapa Tuhan kamu?.. Jadi, dengan itu, wajiblah kita belajar ilmu Makrifatullah atau juga dikenali dgn ilmu Tauhid, di mana jalan berserah diri itu adalah permulaannya.. Jika segala amal ditujukan pada Tuhan yang belum kita kenali, apakah diterima segala amal kita?
Ilmu berserah diri dipelajari supaya kita tergolong di kalangan hambaNya yang berserah diri dan kembali kepadaNya dengan hati yang ikhlas dan diredhai oleh Allah.. Dan tiada lagi dakwaan Malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh, jika kita telah berserah diri dari alam dunia lagi.. Apa lagi malaikat nak tanya? Apa lagi malaikat nak dakwa? Kerana semuanya telah diserahkan pada Allah..
Buruk baik, dosa pahala, amal ibadah, amal kebajikan, segala perbuatan telah diserahkan pada Allah, dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.. Semuanya dari Allah.. Semuanya dari izin Allah.. Maka apa lagi nak dakwa? apa lagi nak tanya?
Yang didakwa atau ditanya itu, adalah mereka yang tidak berserah diri.. Mereka yang tidak mahu kembalikan segala milik Allah.. Sedangkan segala gerak adalah izin daripada Allah.. Segalanya Allah yang punya.. Mengapa kita tidak mahu "Mengenali Allah"?..jadi haruslah didakwa kerana tidak menyerahkan pada Allah...
Makhluk mana lagi berani nak apa-apa kan jasad hamba yang telah berserah diri kepada Allah? Kerana semua telah jadi milik Allah, kerana telah diserahkan pada Allah sejak alam dunia lagi, jadi makhluk lain sudah tentu tidak berani apa-apa kan jasad..
Itulah yang dikatakan golongan yang masuk syurga "tanpa hisab" dan golongan yang jasadnya Allah jaga dan tiada makhluk lain dapat memamah jasad hamba yang telah berserah diri kepada Allah.. Bila dah jadi Milik Allah, siapa lagi yang berani mendakwa atau menghukum?
No comments:
Post a Comment