Tuesday, 17 November 2015
Hukum
Al-kisah pada zaman dahulu terdapat seorang ulama’ bersama-sama dengan anak-anak muridnya di sebuah madrasah pengajian di Indonesia…
Lantas,tiba-tiba seorang daripada anak muridnya berkunjung ke rumah gurunya itu untuk bertanyakan suatu soalan…
Lantas ia berkata:
“Wahai tuan guru ,kenapa perlu kita mengambil hukum-hukum daripada kalam-kalam (kata-kata atau pendapat-pendapat) ulama’-ulama’ terdahulu…?”
“Kan lagi bagus kalau kita ambil je terus hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah ataupun kalam-kalam Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . ….?”
Si guru mendengar sambil mendiamkan diri…
“Panduan utama kita kan Allah dan Rasul-Nya… Betul tak? Jadi,terus je lah kita ambil hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah ataupun kalam-kalam Rasulullah صلى الله عليه وسلم terus…..
Ni tidak… Asyik-asyik kita cakap : ‘Mengikut pendapat Imam Ghazali r.h.’ (sebagai contoh)…. Asyik-asyik : ‘Sepertimana yang dikatakan oleh Imam Syafie’ r.h.’…. Asyik-asyik : ‘Dalam masalah Feqah ini,terdapat dua pendapat ulama…. Imam Ramli kata sekian dan sekian…manakala Imam Ibn Hajar kata sekian dan sekian… ’
Si guru terus mendiamkan dirinya sambil mendengar….. dan mendengar….
“Tak boleh ke kalau kita terus je kata : ‘Hukum-hukum ini adalah sepertimana yang dikatakan oleh Allah سبحانه وتعالى ….. Sepertimana mengikut kalam Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. .!”
“Kan dua perkara ni kan panduan utama kita…”
“Kenapa kita nak ikut sangat kalam-kalam ulama’ tu…? Mereka tu lagi bagus ke daripada junjungan mulia,Nabi Muhammad صلى الله عليه ….?? Ambil je lah terus hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah dan kalam-kalam Rasulullah صلى الله عليه وسلم ”
Si guru memulakan bicaranya…
“Hmm,kamu ni… Banyak sangat cakapnya tu… Penat nanti….”
“Tenang dulu… Rileks... Minum air dulu…”
Si guru terus meminta isterinya untuk menjamukan air kepada anak muridnya ini…
Lantas beliau mempersilakan si anak muridnya ini untuk menikmati hidangan air yang disediakan tersebut…
“Jemputlah minum…”
Anak murid yang patuh kepada gurunya ini terus menuangkan air yang berada di dalam teko yang disediakan itu ke dalam sebuah cawan untuk diminumnya…
Lantas juga si guru itu bertanya kepada anak muridnya…
“Laahhh… Kenapa kamu tuang air tu dalam cawan..? Kenapa kamu tak minum terus je guna teko itu..??”
Si murid terus menjawab…
“Lahhh… Kan lagi senang kalau kita nak minum guna cawan…” Mana ada orang minum guna teko ni terus..? Susah lah...”
”Kalau kita minum guna teko terus (directly)…kang nanti kang ada air yang tumpah meleleh kat tepi-tepi tu… Lepas tu,air dalam teko ni kan panas… Banyak pulak tu… Mana larat nak teguk sekali banyak terus …Tuanglah dalam cawan dulu bagi sejuk sikit….. Tak perlu nak gelojoh-gelojoh sangat…”
Si guru lantas berkata…
“Haah… Itulah jawapan bagi soalan-soalan kamu tadi….!!”
“Kita sebenarnya bukan tak nak ambil hukum-hakam daripada Allah سبحانه وتعالى atau daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم terus…”
“Tapi sebenarnya kita sendiri yang tak mampu untuk mengambil hukum-hakam itu terus daripada mereka…”
“Kita perlukan mereka yang lebih arif (lebih tahu) lagi mengenai perkara ini untuk menerangkan nya kepada kita…”
“Siapa lah kita ini jikalau nak dibandingkan dengan Ulama’-ulama’ seperti imam Ghazali,imam Syafie’,imam Nawawi,imam Romli,imam Ibn Hajar dan ulama’-ulama’ yang lain yang tekun menuntut ilmu berpuluh-puluh tahun itu…”
Si murid tadi terdiam..
Renungan buat kita bersama..
Dalami dan fahamkan.. Assalamu'alaikum wbt.. Muslimin & Muslimat..^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment