Sunday, 6 September 2015
Tazkirah
“Walaupun lobang hidung besar, jika diserang selsema tetap akan menyumbat salurannya”.. maksudnya – walaupun longkang di luar rumah itu besar, tetapi jika penuh dengan sampah ia akan menyebabkan longkang tersumbat.. longkang tersumbat akan menyebabkan air berbau busuk dan dipenuhi nyamuk dan jentik2.. maksudnya untuk memudahkan urusan, segala halangan perlu dibuang dahulu.
“Dalam kerajinan, ada kemalasan.. dalam kemalasan, jarang ada kerajinan”.. maksudnya : belum tentu kita rajin untuk melakukan semua perkara, tapi kalau kita dah malas, semua benda kita tak nak buat.
بسم الله الر حمن الر حيم
Segala puji bagi Allah sekalian Alam. Tuhan yang menjadikan sembahyang 5 waktu itu, salah satu daripada rukun agama dan jalan bagi orang yang patuh. Dia menjadikannya sebagai buah hati bagi pemimpin sekalian Rasul (Muhammad saw) yang dapat menyejukkan mata hatinya ketika ia bersembahyang dan menjadikannya sebagai syurga segera di dunia ini, yang dapat memberi kepuasan nikmat kepada orang yang mengasihi Tuhannya, serta menjadikannya sebagai tempat mencari gali segala rahsia dan keajaiban bagi orang-orang yang asyik merindui Tuhannya.
“Masalah tidak menyebabkan keguguran rambut, tetapi keguguran rambut itu sendiri merupakan satu masalah”.. maksudnya : kenalpasti masalah dan punca masalah sebelum menyelesaikan masalah.
“Hingus itu perlu dihembus, sekalipun selsema itu belum terhapus”.. maksudnya : selesaikan dulu masalah2 kecil walaupun ia belum tentu dapat menghapuskan masalah besar.. sekurang2nya masalah kecil itu tidak menambahkan bebanan.
“Sehebat2 ibu jari, ia tak mampu digunakan untuk mengorek hidung sedalamnya”.. maksudnya : orang yg hebat juga tak mampu melakukan semua perkara bersendirian.
بسم الله الر حمن الر حيم
Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak mengubah dirimu dari kebiasaannya.
"Cuba tutup sebelah telinga. Apa yang anda dengar? Bunyi macam menggelegakkan? itu maknanya anda baru ja dengar 1% api neraka"
"Lagi lama gambar nampak aurat ada di facebook, lagi banyak dosa dicatat dalam buku amalan kita"
Bersandarlah kepada Allah.
Buktikanlah kehambaanmu.
Kehormatan wanita terletak pada cara dia menjaga aurat.Jika aurat dijaga dengan baik,maka rasa hormat seorang Adam kepada Hawa juga menebal.
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang.
Peperiksaan paling susah ialah peperiksaan dalam kubur nanti. Walaupun dapat soalan bocor, belum tentu lagi kita boleh menjawabnya.
Orang senang bukan orang yang berduit banyak tapi orang senang adalah bila dengar azan dia terus solat.
Saya ada dengar, kalau kita buka payung dalam rumoh, ular akan masuk. Betul ke ?
UAI : Kita tidak rajin dengar lagi buka payung ular masuk. Tidak betul, melainkan ular tu sendiri yang bagitahu. Kalau kamu buka payung, aku akan masuk.
Ular ini, dalam hadis ada sebut. Kalau dia masuk dalam rumah, jangan katok/pukul. Sebab boleh jadi itu jin Islam. Halau /hambat dia 3 kali, kalau dia jin Islam dia
lari, kalau dia tidak lari, bukanlah jin itu. Jadi boleh pukul, jangan sampai menyeksakan.
Doh nok halau, nok cakak bahse nape ? (habis hendak halau cakap bahasa apa?) Dok kang cakak (habis hendak kena cakap) bahasa arab ke?
Dok... cakak bahse ganu dakpe. Dh die faham dok ? (tidak... cakap bahasa Terengganu pun ular itu faham ketidak?)
Faham ah pasal die ULOR TEGANU. (Fahamlah sebab dia ULAR TERENGGANU) Wakaka
Apabila ada sahabat yang mahu berhijab & berubah ke arah yang lebih baik,kalau tidak mampu jadi tulang belakang,jangan jadi batu penghalang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment