Wednesday, 30 September 2015
Hj
Empat 4 Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat 4 macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu:
1)Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin',
2)Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,
3)Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4)Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan ".
Hadis ini menerangkan akan datangnya suatu masa, di mana pada masa itu orang-orang yang pergi haji terbahagi menjadi empat kepentingan sesuai dengan kedudukan mereka dalam masyarakat:
1) Pada masa itu para pemimpin, ahli perniagaan dan pegawai melaksanakan haji hanya untuk 'makan angin' dan bisnes, bersenang-senang, dianggapnya Mekkah sebagai kota pelancongan.
2) Pada masa itu orang-orang yang kaya pergi haji hanya untuk membesarkan perniagaan kerana dimungkinkan pada masa itu orang yang pergi haji melimpah ruah yang dapat digunakan sebagai objek pemasaran dagangannya.
3) Pada masa itu ada orang fakir miskin pergi haji hanya untuk minta belas kasihan orang.
4) Pada masa itu terdapat ahli qira'at pergi haji hanya ingin mendapatkan kemasyhuran di tengah-tengah masyarakat.
*** Hadis ini memperingatkan kepada kita supaya tetap berpegang teguh kepada niat, tujuan haji itu sendiri iaitu Lillahi Ta'ala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment