Thursday, 24 September 2015
Tasawuf kalam korban
[9:20PM, 24/09/2015] +60 11-2128 8072: Kasyaf?
[9:20PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Melihat aib diri
[9:24PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Hakikat kasyaf melihat Allah
[9:25PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Tampa rupa dn dimana?
[9:25PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Terbuka dinding antara hamba dan Tuhan
[9:26PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Tiada antaraku dan antaraNya antara lagi
[9:26PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Anugerah Allah
[9:27PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Utk siapa yg Dia pilih
[9:27PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Bukan pilihanmu
[9:27PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: PilihaNya
[9:27PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Tiada aku
[9:28PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Yg Wujud adalah nyata kewujadanNya
[9:28PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Alam ini adalah cerminNya
[9:29PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Dia memandang Dia didalam cermin alam
[9:29PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: KeEsaaNya
[9:29PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: KeelokkanNya
[9:29PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: KekuasaanNya
[9:30PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: KeagunganNya
[9:30PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Tiada Tuhan selain Dia
[9:30PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Allah, Tuhan sekalian alam
[9:31PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Wassalam
[5:51PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Tahun cinta
[5:51PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Pengakuan cinta akan diuji
[5:51PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Allah Maha Penguji
[5:52PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Allah membeli harta-benda dan nyawamu dengan bayaran syurga yg kekal abadi
[5:53PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Korbankanlah segala-galanya dalam cintamu utk Allah
[5:54PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Allah adalah kelazatan yg paling lazat drp segala kelazatan
[5:54PM, 24/09/2015] KALAM QADIM: Allah adalah lebih agung drp segala-galanya
Nafsu mengalahkan ilmu dan akalmu.
Jika engkau tidak malu, maka hiduplah sesuka engkau.
Malu itu daripada iman.
Orang yg malu kepada Allah, nescaya ia akan malu kepada manusia.
Agama itu adalah cabang akhlak.
Orang yg kuat agamanya, maka baik akhlaknya.
Setinggi-tinggi akhlah itu adalah malu kepada Allah.
Seseorang itu adalah mengikut agama sahabatnya.
Sebaik-baik sahabatmu ialah orang yg menyedarkan engkau kepada Allah dan negeri akhirat.
Carilah bekal untuk mati, dan sebaik-baik bekal itu adalah takut dan malu kepada Allah.
Siapa yg bersungguh-sungguh mencari jalan menuju kepada Allah, maka Allah akan memimpin dia kepadaNya.
Aku yg tiada didalam diriku.
- KALAM QADIM
Wahai hambaKU! Korbankanlah segala sesuatu untukKU, nescaya engkau akan mendapatKU dan berada disisi ZatKU Yg tidak berhajat kepada segala sesuatu, AKU Zat(Tuhan) Yg Maha Kuasa dan Maha Esa....
- KALAM AL-HAQ
KHUTBAH AIDIL ADHA: ISLAM MENUNTUT PENGORBANAN
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا.
الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Bismillah : Sidang Hadirin yang berbahagia sekalian
Segala puji bagi Allah S.W.T, kita dapat bertemu sekali lagi dengan eid al-Adha yang merupakan salah satu dari dua hari raya yang Allah anugerahkan kepada umat Islam. Ia merupakan ibadat yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang diteruskan pada syariat Nabi Muhamad SAW. Hari ini disambut meriah oleh orang Islam kerana ia merupakan hari kejayaan umat Islam yang telah mengumpulkan jutaan umat Islam di Makkah al-Mukarramah dalam satu tempat dengan pakaian yang satu dan laungan yang satu:
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة، لك والملك، لا شريك لك
Bermaksud:
“Aku menyahut panggilanMu ya Allah aku menyahut panggilanMu. Aku menyahut panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan, tiada sekutu bagiMu.”
Ia merupakan suatu muktamar tahunan yang agung yang pernah berlaku dalam sejarah manusia yang terhasil daripada rasa tanggungjawab memenuhi tuntutan rukun Islam yang kelima. Hikmah pensyariatan nya ialah untuk memugar semangat kekitaan kepada semua orang Islam agar dapat bersatu atas asas syariat Islam daripada pelbagai jenis bangsa dan kedudukan geografi. Umat Islam sangat ghairah untuk menghadiri muktamar ini dan sekiranya tidak ditetapkan kouta, maka jumlah umat Islam yang menyertainya akan lebih ramai lagi. Ini semua adalah menyahut seruan Allah di dalam firmanNya:
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
Maksudnya:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh” Surah al-Hajj: 27.
Biarpun umat Islam saban tahun dapat berhimpun di Mekah dalam jumlah yang ramai, namun apa yang perlu dimuhasabahkan ialah matlamat daripada himpunan itu.
Muhasabah yang pertama: Berjayakah seluruh Umat Islam bersatu hati untuk memelihara syariat Allah? Mereka sanggup mengeluarkan wang puluhan ribu untuk pergi ke sana melaksanakan salah satu tuntutan rukun Islam, namun sekembalinya dari melakukan ibadat haji, adakah kita bersatu hati untuk melaksanakan syariatNya.
Tuntutan Islam bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja kerana ia bagaikan rangka asas rumah sahaja. Sebuah rumah tidak sempurna hanya dengan rangka asas sahaja, tetapi yang penting bagi sebuah rumah ialah untuk kita membina kehidupan di dalamnya. Islam menetapkan cara untuk mencapai kebahagiaan di dalam kehidupan iaitu dengan cara mengikut segala syariat Allah. Ini jugalah tuntutan yang penting untuk dipenuhi oleh orang Islam kerana melaksanakan rukun Islam yang kelima bukanlah segala-galanya kerana ia telah menyempurnakan rukun, belum lagi kesempurnaan kehidupan sebagai seorang Islam. Bagi mereka yang telah melaksanakan ibadat haji, mahupun yang belum lagi melaksanakan ibadat ini, perlu sama-sama berusaha untuk memastikan kehidupan di dalam rumah Islam ini dilaksanakan dengan mengikut syariat Allah.
Muhasabah yang kedua: Berjayakah Umat Islam membentuk kesatuan dan melahirkan kegerunan kepada musuh Islam hasil daripada himpunan ini?
Sepatutnya himpunan tahun umat Islam ini melahirkan suatu deklarasi bersama yang menjadi misi penting umat Islam pada tahun itu. Ia patut menjadi panduan kepada Umat Islam dan para pemimpin negara Islam agar tidak leka dengan tuntutan dunia, pangkat dan kekayaan, tetapi terus berusaha berganding bahu mencapai misi penting Islam. Kegagalan umat Islam melahirkan kegerunan kepada musuh adalah hasil daripada dua sifat buruk umat Islam dan para pemimpinnya iaitu “kasihkan dunia dan benci kepada kematian”. Sifat ini yang berakar umbi dalam hati umat Islam pada para pemimpinnya akhirnya menyebabkan umat bagaikan buih dilautan sahaja. Ketiadaannya tidak dirasai dan kewujudannya tidak memberi bekas. Justeru, sekembalinya mereka daripada melakukan ibadat haji nanti, janganlah kita bertanya tentang barang dan buah tangan sahaja, apa yang penting untuk kita tanyakan ialah tentang misi umat Islam di sana dan memperingatkan diri kita dan mereka untuk menjauhi sifat “kasihkan dunia dan benci kepada kematian” agar kita menjadi umat Islam yang kuat dan dihormati.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang Hadirin yang berbahagia sekalian
Hari eid al-Adha ini mengajar kita mengagungkan Allah s.w.t dengan menyembelih haiwan ternakan atas nama Allah. Ia bertujuan untuk menjadi patuh dan akur kepada tuntutan Allah di dalam kehidupan. Kalau tidak, tiada sebab bagi kita untuk menyembelih binatang secara besar-besaran pada hari ini. Kalau tidak dilihat dari kaca mata sebagai seorang hamba Allah, ia bagaikan suatu kerja bodoh sahaja. Tetapi demi melaksanakan tuntutan Allah dan melaksanakan kewajipan sebagai seorang hamba, kita adalah bukti pengabdian yang tulen kepada Allah.
Ibabdat sembelihan atas nama Allah ini menjadi isyarat kepada orang-orang yang beriman bahawa seluruh ibadah dan kehidupan seorang muslim mukmin wajiblah di atas nama Allah dan kerana Allah. Ia melambangkan penyerahan mutlak kepada pencipta seluruh alam, dan ia mengingatkan agar tidak menjadikan sesuatu selain daripada Allah sebagai maksud atau objektif kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam surah al-An’am ayat 162 & 163:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
Yang bermaksud:
“Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).”
Eid al-Adha mengajar kita erti pengorbanan seorang hamba dalam mentaati perintah Allah S.W.T. Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengajar umat Islam bahkan manusia seluruhnya erti pengorbanan dalam mentaati perintah Tuhannya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Saffat ayat 102 & 103:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
Yang bermaksud:
“Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur remaja, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah”.
Lihatlah kepada ketaatan seorang bapa bernama Ibrahim a.s dalam mentaati perintah Tuhannya, walaupun pada perintah yang memerlukan baginda menjadikan nyawa anaknya sebagai pengorbanan. Dan lihatlah juga kepada kesabaran seorang anak dalam melaksanakan tuntutan tuhannya walau nyawanya menjadi taruhan. Dan lihatlah kepada penyerahan mutlak dan keredaan kedua-duanya kepada tuhan mereka tanpa sebarang keraguan dan pengingkaran.
Dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t memperakui betapa sosok bernama Ibrahim a.s ini adalah satu insan yang benar-benar melakukan kebaikan apabila istiqamah mentaati perintah Tuhannya. Ternyata perintah mengorbankan anaknya, yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t ketika Baginda sudah berusia, disifatkan oleh Allah s.w.t sebagai satu ujian besar. Ujian hebat yang berjaya dilepasi oleh Ibrahim serta Ismail a.s. Maka, amat wajarlah nama insan berjiwa agung ini dikekalkan oleh Allah s.w.t sebagai pengajaran bagi kemanusiaan selepasnya.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang hadirin yang dikasihi Allah s.w.t,
Sedang kita menyaksikan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, marilah kita sama-sama menginsafi sejauh manakah pengorbanan kita kepada agama kita. Kita kata kita sayang Islam, tetapi tindakan kita tidak gambarkan kita sayang Islam. Kita lebih sayangkan rumah kita, kenderaan kita, pangkat kita dan diri kita dari menyayangi Islam. Sedangkan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat dengan Islam. Sifat sayang itu akan menyebabkan sanggup bersusah payah untuk Islam dan berusaha untuk menjadi seorang Islam yang baik dan sempurna. Malahan, sayangnya kita pada Islam akan menyebabkan kita ingin menyampaikan Islam pada orang lain dan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya.
Sebaliknya, kita ada berjumpa dengan orang yang tidak kisah tentang agama dan tidak merasa penting tentang agama. Sama ada Islam itu diamalkan atau tidak, itu tidak menjadi masalah baginya. Yang penting, kuasanya tidak terjejas, kedudukannya tidak diancam, duitnya semakin bertambah, perniagaannya semakin untung dan pengaruhnya semakin luas. Kepentingan Islam diabaikan, masjid dan surau dipandang sepi, kelas agama dipinggirkan, hukum Islam dipermainkan, beginikah sikap kita terhadap Islam?
Islam menuntut sebuah pengorbanan yang tulus mulus daripada kita kerana pengorbanan ini akan menjadikan Islam terus utuh dan kuat di atas muka bumi. Lihatlah bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh generasi terdahulu yang sanggup membina pondok dan madrasah pengajian tanpa bantuan dari pihak berkuasa semata-mata untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka. Mereka juga mengusahakan sendiri dana untuk membina surau dan masjid bagi membina tempat ibadat kepada orang Islam. Mereka juga membiayai guru agama untuk melihat ajaran Islam diamalkan dan mereka menginfaqkan harta mereka untuk melihat dakwah dan ajaran Islam sampai ke seluruh pelusuk dunia.
Generasi Al-Quran, generasi para sahabat r.a.h telah menunjukkan contoh yang begitu menakjubkan dalam melakukan pengorbanan demi agama tercinta ini. Rasulullah s.a.w telah menjadi seorang mahaguru yang luar biasa sepanjang zaman apabila telah melahirkan satu generasi yang begitu hebat yang tidak mungkin ada dua sepertinya.
Suhaib al-Rumi yang merupakan seorang sahabat yang kaya, namun setelah berhijrah, beliau menjadi seorang yang miskin. Beliau telah ditahan oleh orang Quraish daripada berhijrah, namun, beliau berkata “kalaulah kamu menghalangku dari berhijrah kerana harta ku, maka ambillah semua harta itu”. Lihatlah kepada Suhaib al-Rumi yang telah melakukan pengorbanan yang semestinya menjadi teladan umat Islam pada hari ini. Maka turunlah ayat al-Quran memuji beliau:
“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya”. Al-Baqarah: 207.
Kisah Suhaib al-Rumi ini menjadi bukti yang jelas kepada sifat mukmin sejati. Keutamaan bagi seorang mukmin adalah iman dan agamanya. Harta dunia yang dimiliki sepatutnya tidak menjadi penyebab seorang mukmin terhalang daripada mentaati agamanya. Harta dunia juga sepatutnya tidak menjadi tembok yang menghalang seorang mukmin dari melakukan pengorbanan untuk agamanya.
Ketika orang lain mengorbankan hartanya untuk agama, kita pula tidak sanggup solat Jemaah di masjid hanya kerana jarak antara masjid dan rumah kita hanya satu kilometer. Sedangkan pasar malam yang jauh, sanggup pula kita pergi. Kita juga tidak sanggup melapangkan masa untuk duduk mendengar kuliah maghrib hanya selama 30-45 minit sahaja, tetapi kita boleh duduk di kedai kopi atau menonton TV atau melayari internet lebih dari satu jam. Kita pula amat berat untuk memberikan sumbangan RM10 untuk tujuan agama, tetapi ringan tangan untuk berbelanja RM50 untuk shopping barangan yang kita tidak perlu pun. Kalau begini sikap kita, Islam yang akan terkorban, dan darah umat Islam akan lebih ramai yang terkorban.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sidang hadirin yang dikasihi Allah s.w.t,
Pada hari ini, alangkah perlunya kita kepada pengorbanan agung, ketaatan mutlak kepada perintah Allah rabbul Izzah, dan kesabaran jitu dalam menanggung tuntutan agama Allah ini. Khususnya dalam situasi hari ini yang menyaksikan kedudukan umat Islam seluruh dunia menghadapi tribulasi berterusan yang tidak kunjung henti.
Nun di bumi Palestin, sejak puluhan tahun kita menyaksikan bumi Isra’ dan Mikraj ini, bumi Masjid al-Aqsa, menghadapi kerakusan rejim yahudi yang tidak henti-henti. Mereka merampas tanahnya dan menzalimi anak watannya. Umat Islam bersama Negara-negaranya seolah-olah buntu dan longlai dalam membantu saudara seakidah yang berada di bumi suci ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bumi para alim ulama sunni, Syiria yang diberkati, dipenuhi dengan krisis dan pertempuran bersenjata. Rejim pemerintah yang membantai rakyatnya sendiri khususnya dikalangan ahl sunnah wal jamaah menyaksikan puluhan ribu nyawa umat islam menjadi mangsa kezaliman jiwa-jiwa rakus ini.
Bumi Malaysia pula mempunyai banyak hasil mahsul, tetapi mereka yang memegang kuasa telah mengkhianati amanah dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Tamak haloba telah menyebabkan rasuah sehingga ia telah menjadi amalan biasa dan mereka yang melakukannya tidak rasa bersalah. Ini menyebabkan kekayaan Negara tidak diagihkan secara adil.
Kita telah merdeka lebih dari 50 tahun, namun masih banyak lagi hukum Islam yang belum lagi dapat dilaksanakan. Kita telah menubuhkan bank Islam dan mengamalkan system perbankan Islam, tetapi transaksi masih lagi menggunakan bank konvensional. Kita membina masjid yang terindah, tetapi program pengimarahan masjid di pandang sepi sahaja.
Sidang hadirin yang dikasihi Allah,
Islam sebagai al-Din, memerlukan umatnya memberikan mujahadah dalam bentuk pengorbanan tenaga dan harta untuk memastikan agama yang agung ini menunjangi kehidupan masyarakat. Allah s.w.t telah lama menuntut perjanjian daripada umat Islam agar bangkit berkorban untuk Din yang diturunkannya. Firman Allah s.w.t:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ .
(Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar). Surah al-Taubah ayat: 111.
Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa dalam ayat ini Allah s.w.t akan menggantikan buat hamba-hambanya yang beriman dengan syurga jika mereka mengorbankan diri dan harta mereka demi Allah, dan ini merupakan satu kelebihan, kemuliaan dan Ihsan daripada Allah s.w.t.
Ayuhlah kita kembali kepada agama yang benar ini dengan mengamalkannya secara menyeluruh. Buat akhirnya mimbar ingin menitipkan beberapa pengajaran yang perlu dicermati oleh umat Islam berkaitan hari Agung ini, antaranya:
Umat Islam perlu mendekati institusi masjid dan surau untuk menambah ilmu dan amal. Tempat ini adalah tempat yang mulia dan sekiranya kita ingin menjadi orang yang mulia, kita hendaklah melazimi tempat yang mulia.
Kita hendaklah sabar dan ikhlas dalam menjalankan perintah agama kerana mehnah dan tribulasi adalah perkara biasa diterima oleh orang yang baik. Rasulullah adalah orang sangat baik, tetapi baginda dimusuhi dan ingin dibunuh oleh orang kafir.
Kita hendaklah menjadi orang Islam yang baik, malahan memastikan orang lain turut menjadi orang Islam yang baik. Inilah tanda cinta dan sayang kita kepada Islam. Orang yang sayang, ialah orang sangguh berkorban demi kekasihnya.
إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ ( 92 ) وَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ كُلٌّ إِلَيْنَا رَاجِعُونَ ( 93 ) فَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِ وَإِنَّا لَهُ كَاتِبُونَ ( 94 )
“Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku, (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan). Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
Dikeluarkan oleh
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor
Khutbah Aidul Adha by Romo Irama :
http://m.youtube.com/watch?v=2ZmhEw3qKY0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment