Saturday, 12 September 2015

Tasawuf- sembah


Ahlul muwajahah adalah mereka yang telah sampai ke martabat yang tinggi disisi Allah. Yang mana hati mereka ini sentiasa dalam keadaan keni’matan bermuraqabah dan bermusyahadah kepada Allah. Mereka juga disebut sebagai ahli jazbah (yakni orang yang majzub). Maka golongan ini dikurnaikan Allah untuk bertajrid, bukan atas kehendak nafsu mereka yang melulu. Sedikit penerangan mengenai jazbah. Menurut Shaikh Abdusshamad al-Falimbani dalam kitab Siyarus Salikin .. “ … dan makna jazbah itu yaitu syuhud akan Allah Ta’ala dan akan shifatnya dan dengan af’alNya dengan sekira-kira fana ia daripada dirinya dan dan daripada perbuatannya dan segala shifatnya. Dan jazbah ini setengah daripada amal yang bathin. Dan inilah makna perkataan Shaikh al-Waliyullah al-Mukammal Sayyidi Shaikh Muhammad as-Samani al-Madani …..”

Jazbah bermaksud tarikan. Yang dimaksudkan disini ialah tarikan al-Haq Ta’ala. Yakni di’tarik’nya seseorang hambaNya yang dikehendakiNya dengan tiba-tiba kesisiNya. Yakni tajalliNya dengan tiba-tiba pada hati hambanya sebagai satu nau’ dari rahmatNya.

Majzub atau jamaknya majazib. Mazjub maananya orang yang mengalami keadaan jazbah. Orang yang mengalami jazbah atau tarikan al-Haq. Yakni tajalliNya dengan tiba-tiba pada hati hambanya sebagai satu nau’ dari rahmatnya. Menurut Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari didalam kitabnya Ad-Durrun Nafis, majzub ialah orang yang diambil Allah Ta’ala dengan terkejut serta diberinya tahu akan mengenal dzatNya, dan sifatNya dan asma’Nya dan af’alNya, daripada tiada mengerjakan ibadat dan talqin gurunya dan ijazah masyaikh.

Lawan kepada ahli jazbah ini ialah ahli saalik iaitu pada istilah bahasanya ialah orang yang berjalan atau orang yang mengembara (ruhani). Pada istilah kaum sufi, salik ialah orang yang melakukan suluk yakni pengembaraan rohani, mendampingkan diri kesisi Allah dengan mengerjakan riyadhah dan mujahadah. Ibn ‘Arabi (dalam kitabnya berjudul Istilah as-Sufiyyah) dan al-Jurjani (dalam kitabnya berjudul at-takrifat) rahimallahu Ta’ala mentakrifkan sekira-kira begini: Orang yang berjalan dari suatu maqam kesuatu maqam, bukan dengan ‘amalnya tetapi dengan halnya. Ilmu yang terhasil baginya ialah secara pengelihatan matahati (‘ainan), yang menolongnya mengelakkan diri dari perkara-perkara yang samar-samar (syubhah), yang menyesatkan (tegasnya, ilmunya bukan setakat otak(aqal) atau kitab, tetapi ilmu duduk dalam hati, yang lahir hasil dari pembukaan hijab)

Adapun menurut Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dalam kitabnya yang bertajuk ad-Durrun Nafis, saalik ertinya orang yang bersungguh-sungguh ia berijtihad berbuat ibadah kepada Allah Ta’ala dengan riyadhoh dan mujahadah dan mengamalkan segala wirid yang diijazahkan akan dia oleh syeikhnya kepadanya dengan tiada cedera ia mengerjakan dia dan menyalahi akan barang yang disuruhkan akan dia oleh gurunya daripada segala ibadat dan lainnya.

Tasauf ialah menyendiri dengan Allah dimana-mana sahaja tampa perantaraan makhluk!

Jikalau aku menyembah Allah kerana keinginan kepada syurgaNya nescaya telah lama aku berputus-asa, jikalau aku menyembah Allah kerana takutkan kepada  azab nerakaNya nescaya telah lama aku berputus-asa, tetapi aku menyembah Allah untuk Zat Allah semata maka aku tidak pernah berputus-asa dan tetap teguh menyembah Allah untuk Allah!


Sesungguhnya hati ini akan berkarat, dan sesungguhya pengkilatannya ialah dengan membaca Al-Quran, mengingati maut serta menghadirkan diri dimajlis-majlis zikir.

- Sabda Rasulullah S.A.W


بسم الله الر حمن الر حيم
Memang sengaja Allah melaksanakan gangguan terhadap dirimu dari tangan orang-orang itu, supaya engkau tidak jinak kepada mereka. Sengaja Allah menjemukan engkau dari segala sesuatu, supaya tidak ada sesuatu yang melupakan engkau daripada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha cemburu, Dia tidak suka melihat dalam hati hambaNya sesuatu selainNya.

Siapa yg menjaga pandangannya kepada Allah, maka Allah akan memandangnya. Jangan engkau dakwa diri engkau, pandanglah Allah!

No comments:

Post a Comment