Thursday, 17 September 2015

Tazkirah jerebu


PERKONGSIAN ILMU PAGI INI (P.I.P.I) - Selasa 1 Zulhijjah 1436H.

JEREBU AQIDAH...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

Hari ini, Allah SWT menguji kita dengan jerebu yang memenuhi ruang udara yang tercemar dengan asap tebal yang menyesakkan untuk bernafas dan memedihkan mata yang memandang. Sama ada ianya ad-Dukhan sebagai mana tanda2 kiamat atau pun bukan itu belum pasti.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah asap (ad-Dukhan) yang memenuhi timur dan barat. Asap itu berada di bumi selama 40 hari. Bagi orang mukmin yang kena asap itu, ia hanya akan diserang gejala semacam selsema. Tetapi bagi orang kafir ia akan mabuk. Asap itu keluar dari lubang hidung, kerongkongan, mata, telinga dan duburnya" (HR. Imam Qurtubi)

Oleh sebab itu manusia perlu beradab terhadap alam sekitar dengan cara: Tidak membuang sampah dimerata-rata tempat. Tidak membuat kerosakan kepada makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan tumbuhan serta menggunakan sumber-sumber alam untuk tujuan kebaikan bersama.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud: “Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dlakukan oleh tangan-tangan manusia….”  (QS: Ar-Rum ayat 41)

PENCERAHAN:
Antara punca berlakunya pencemaran alam seperti pembakaran terbuka ini adalah kerana: Perasaan tamak dan keinginan untuk mendapat keuntungan semata-mata.. Tidak ada kesedaran tentang pentingnya memelihara alam dan sikap ambil mudah serta akhlak yang buruk orang ramai terhadap alam sekitar.

Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia. Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Sedangkan baginda Nabi SAW pernah menyebut:

مَنْ قَطَعَ سِدْرَةً صَوَّبَ اللَّهُ رَأْسَهُ فِي النَّارِ

“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka” (HR: Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)

Amaran dan doa Nabi SAW agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka ancamannya adalah neraka.

KESIMPULAN :
Sebenarnya ada jerebu yang lebih bahaya lagi dari jerebu udara ini. Iaitu Jerebu Akidah, Jerebu Syariat dan Jerebu Akhlak:

J = ahil ilmu sehingga melakukan kerosakan.
E = ngkar pada peraturan Tuhan.
R = emehkan syariat Allah yang telah ditentukan.
E = ndah tak endah pada aspek kebersihan.
B = akar sesuka hati tanpa peduli persekitaran.
U = lamak disiasat ahli khurafat pula dibiarkan.

Kerap kali manusia sangat bimbangkan kehidupan, di dunia yang sementara ini sering difikirkan, jarang bimbangkan di akhirat punya kehidupan, inilah jerebu yang paling kita takutkan..

Wallahu a'lam - Semoga mendapat munafaat dari peristiwa yg berlaku di setiap persekitaran...

No comments:

Post a Comment