Sunday, 6 September 2015

Tazkirah


Cinta lain kepada suami, isteri, anak-anak, ibu dan bapa, kepandaian, Kejelitaan, pangkat dan harta benda hanya bersifat sementara. Boleh hilang dalam sekelip mata. Yang kekal hanya Allah S.W.T.
Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.
Cakap orang tidak semestinya dipedulikan tetapi nasihat dari seseorang mesti diberi perhatian.
Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya.
Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.
Apabila ada sahabat yang mahu berhijab & berubah ke arah yang lebih baik,kalau tidak mampu jadi tulang belakang,jangan jadi batu penghalang.

Rezeki adalah milik Allah SWT, tidak perlu bimbang kerana ia pasti ada. Yang penting adalah berdoa dan berusaha untuk dapatkan rezeki.

“Dijadikan manusia itu bersifat terburu-buru atau gopoh-gapah.” (Al Anbiya’: 37)


الله..
بسم الله الر حمن الر حيم
Sesungguhnya Allah menjadikan akhirat untuk tempat pembalasan bagi hamba yang mukmin, sebab dunia ini tidak cukup untuk tempat apa yang akan diberikan kepada mereka, juga kerana Allah sayang akan memberikan balasan pahala mereka di tempat yang tidak kekal.

Sesungguhnya tempat pecut kuda di dalam syurga lebih berharga dari dunia seisinya.


Wahai anakku, sekiranya kamu mendatangi satu kumpulan kaum, maka lontarkan kepada mereka "anak panah Islam" (iaitu ucapan salam).

Kemudian duduklah di sisi mereka dan jangan bercakap sehingga mereka bercakap terlebih dahulu.

Sekiranya mereka asyik dalam menyebut nama Allah, maka libatkan diri dengan cergas bersama mereka.

Sekiranya mereka membicarakan yang selain daripada itu, maka beralihlah kepada majlis yang lain selain daripada mereka.

— Luqman Al-Hakim


Hayati sabda ini, nesaya kita akan redha dengan ujianNya.

عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً قَالَ الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلَاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ . رواه الترميذي

Dari Mush'ab bin Sa'ad dari ayahnya berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berat ujiannya? Baginda menjawab: "Para nabi, kemudian yang sepertinya, kemudian yang sepertinya, sungguh seseorang itu diuji berdasarkan agamanya, bila agamanya kuat, ujiannya pun berat, Sebaliknya bila agamanya lemah, dia diuji berdasarkan agamanya, ujian tidak akan berhenti menimpa seorang hamba hingga dia berjalan di muka bumi dengan tidak mempunyai kesalahan." HR Tirmizi (2322)





No comments:

Post a Comment