Monday, 28 September 2015
Tasawuf kalam&sakit
[8:51PM, 28/09/2015] KALAM QADIM: Islam ialah melakukan perintah Allah dan meninggalkan Larangan Allah.
[8:52PM, 28/09/2015] KALAM QADIM: Iman ialah percaya akan Kewujudan Allah yg mencipta sekalian makhluk.
[8:52PM, 28/09/2015] KALAM QADIM: Tauhid ialah mengesakan Allah dalam segala sesuatu.
[8:53PM, 28/09/2015] KALAM QADIM: Makrifat ialah bermusyahadah kepada Zat Allah.
[8:53PM, 28/09/2015] KALAM QADIM: kafir ialah ingkar kepada kewujudan Allah Dan ingkar kpd Nabi Muhammad S.A.W
[8:54PM, 28/09/2015] KALAM QADIM: Sesungguhnya org2 kafir, sama saja bagi mereka,kamu beri pengingatan atau tdk kamu beri pengingatan, mereka tdk juga beriman.
Al-Baqarah:6
[8:54PM, 28/09/2015] KALAM QADIM: Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup, dan bagi mereka siksa yg amat berat.
Al-Baqarah:7
Wahai hambaKU! Barangsiapa yg tdk taat padaKU dan tdk syukur dgn nikmatKU dan tdk ridha barang yg ditakdirkan olehKU, maka carilah tuhan yg lain daripadaKU dan keluar daripada bumiKU!
Hai Daud : Cintailah Aku dgn memusuhi hawa nafsumu dan tahanlah dari syahwatnya, nescaya engkau melihat kepadaku, dan engkau akan dapat melihat yg terbuka antaraKu dgn engkau.
Ujian Tuhan atasmu bukanlah sia-sia. Terkandung di dalamnya, hikmah-Nya yang tidak engkau tahu!
Redhalah dengan ujian tersebut. Kalau tidak mampu, bersabarlah dengannya!
Pandanglah ujian itu hadiah dari Tuhanmu. Terimalah ia dengan penuh penghargaan dan terima kasih kepada-Nya dan kemudian, bukalah balutan hadiah tersebut!
Engkau akan dapati hikmah-Nya yang sebelum ini engkau belum mengerti!
Berterima kasihlah kepada Tuhanmu!
بسم الله الر حمن الر حيم
Takutlah hanya kepada Allah. Berharaplah kepada Allah dan sampaikan segala keperluanmu kepadaNya. Jangan berharap atau mahukan sesuatu pun dari selain Allah. Bertawakkallah hanya kepada Allah, bersatulah denganNya, bersatulah denganNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
Ya Allah! Bagaimana mungkin sesuatu itu menjadi halangan cintaku menujuMu, bahkan halangan itulah Engkau, daripada Engkau Dan menuju kepada Engkau, tidakkah Engkau sahaja yg Wujud didalam Alam ini?
Saat kamu kepayahan dan kesakitan, saat itulah ingatan kamu kepada Allah Ta'ala semakin menebal!
Meskipun dalam kepayahan, kamu akan terhibur dengan hanya mengingati-Nya!
Di saat kamu tadinya merasa lemah dan tidak berdaya, kamu akan merasakan bahawa Tuhanmulah yang menguatkan, menjadi penawar dan merawatmu!
بسم الله الر حمن الر حيم
Hijab Allah itu berupa cahaya, andaikan dibuka pasti akan terbakar segala sesuatu yang menghadapinya.
Ketika Allah bertajalli kepada bukit, hancurlah bukit itu, sedang Nabi Musa jatuh pengsan.
Allahuakhbar!
Hidup hanyalah sesaat tarikan nafas!
Satu tarikan nafasmu mengenal Allah Ta'ala dengan sebenar-benar kenal adalah lebih baik, lebih berharga dari dunia dan seluruh isinya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment