Monday, 7 September 2015

Tazkirah


Apa guna jadi lelaki KACAK , kalau baca Quran pun merangkak-rangkak ,
Apa guna jadi perempuan CANTIK , kalau pukul 12.00 tghari pun tak celik-celik ,
Apa guna umur BESAR PANJANG , kalau asas fardhu ain pun lintang-pukang ,
Apa guna Allah bagi HIDAYAH , kalau nak solat pun sikit punya payah ,
Apa guna jadi MANUSIA , kalau umur Allah bagi kita sia-sia ..
Cintakan Allah~hidup mengikut syariat...
Cintakan Nabi Muhammad~hidup mengikut Sunnah Baginda...
Cintakan Ibu Bapa~jadi anak soleh dan solehah...
Cintakan Sahabat~jadi sahabat sejati...
Cintakan Suami/Isteri~bimbing mereka ke Syurga-NYA
"Allah hadiahkan kita pelangi selepas Allah turunkan hujan. Allah juga pasti hadiahkan kita kegembiraan selepas Allah berikan dugaan"
-"Perbanyakkan istighfar sebab belum tentu amalan baik kita diterima tetapi sudah tentu dosa-dosa kita diterima"
"Jangan sebab kita tinggi, kita boleh pandang rendah dengan orang lain. Boleh jadi esok lusa dia berkali ganda lebih baik dari kita"


Perkara yang paling mulia ada tiga:
1. Berasa kaya walaupun hartanya sedikit
2. Warak ketika sunyi (bersendirian)
3. Perkataan yang hak (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau ditakutinya.
Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah ia mendalaminya. Tanpa ikhlas, ilmu itu akan hilang.
-Seseorang itu tidak akan berjaya di dalam menutut ilmu melainkan ia menuntut semasa dalam kemiskinan. Sesungguhnya aku pernah meminta kertas, tetapi aku sukar untuk mendapatkannya.


“Allah SWT telah mencampakkan ke dalam hati mu akan cahaya…maka janganlah engkau padamkannya dengan maksiat.”
"Janganlah sesekali kamu membuat andaian yang tidak baik terhadap kata-kata yang keluar dari mulut saudara kamu, sedangkan kamu mempunyai jalan untuk menjadikan kata-kata tersebut difahami secara baik".
Perkara yang paling mulia ada tiga:
1. Berasa kaya walaupun hartanya sedikit
2. Warak ketika sunyi (bersendirian)
3. Perkataan yang hak (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau ditakutinya.
Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah ia mendalaminya. Tanpa ikhlas, ilmu itu akan hilang.
-Seseorang itu tidak akan berjaya di dalam menutut ilmu melainkan ia menuntut semasa dalam kemiskinan. Sesungguhnya aku pernah meminta kertas, tetapi aku sukar untuk mendapatkannya.


Tidak sama orang yang mengetahui manis dengan orang yang merasa manis!

Sebagaimana tidak sama orang yang hanya bercakap tentang cinta dengan orang yang mengalami rasa cinta!

Demikianlah apabila mnghuraikan cinta, tidak sama orang yang hanya tahu berbanding yang merasa!

Kalaupun sudah merasa, apabila dinyata adakah sama pula!


Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa, dalam bahasa ada makna, dalam makna ada rasa, dalam rasa ada bahagia juga derita.  Segala-galanya santun juga peradabannya dalam dunia.
Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”.
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan .

No comments:

Post a Comment