Monday, 7 September 2015

Tazkirah


"Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".


Siapa yang tidak mengenal harga nikmat ketika adanya nikmat tersebut, maka ia akan mengetahui harga kebesaran nikmat tersebut setelah ia lenyap.
Tetapkanlah mensyukuri nikmat, kerana jarang sekali nikmat yang telah hilang itu datang kembali. Sesungguhnya yang sangat mengetahui nikmat air itu, hanya orang yang benar-benar kehausan.


hidup ini umpama roda..
kadang kita di atas..
kadangkala kita di bawah...
bila kita dibawah,
kita kena selalu pandang ke atas..
untuk kita berusaha untuk
naik ke atas...
dan bila kita di atas,
jangan kita lupa pandang ke bawah..
agar kita sedar
di mana letaknya diri kita..
dari mana asal usul kita..
agar kita tak lupa
pada insan yang ada di bawah..
untuk kita bantu mereka
agar bersama-sama kita
meniti saat manis bersama
bila kita di puncak kejayaan...


Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
ape hujah yg paling best nk ckp pde parents pasal kite nk berniqab..

Ustaz Azhar Idrus : "tak perlu kebenaran keluarga..ianya hukum Islam yg bebas siapa saja nak amalkan cuma apabila ditanya, katakan saya senang begini.. insyaAllah akhirnya mereka menerima.. "
ustaz..kalau org prempuan tu pakai purdoh doh pahtu labuh molek belake tapi ambe jadi syok tgk lame2 guane ustaz?nampok ye makin cantik jelita bila berpurdah berbanding mase ye berpakaian biase..sapa kelu lidah nk ucap subhanallah ke astaghfirullah...

Ustaz Azhar Idrus : "bila dah berpurdah, kita masih duk syok lg tu bkn salah yg berpurdah...salah kita dah tu sbb tengok dgn nafsu.."
Wanita yang soleha lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
Apa hukum isteri ambik duit suami tanpa izin utk beli beras dan brg keperluan?bila mintak suami tak bg.

-harus seorg isteri ambik duit suami jika suami tak bg nafkah,tetapi jika duit yg diambil itu utk kgunaan sendiri haram ambik.
Batal wuduk tak pegang kemaluan binatang?

-mu takdok keje sgt doh ke nk pegang kemaluan binatang!mgkin doktor haiwan kot..pegang kemaluan binatang tak m'batalkan wuduk..peganglah seminggu pun.
Ade ustaz lain kata tahlil tak sampai pd si mati,btl ke?

-jgn b'balah dlm menda khilaf,ada pendapat yg muktabar yg kata sampai pahala yg disedekahkan oleh org hidup.."bila mati seorg anak Adam maka t'putuslah amalannya" pahala yg disedekahkah tetap sampai kpd org yg telah mninggal dunia.
Syirik tak jika gunakan khidmat bidan utk naikkan seri pengantin?

-ada yg syirik dan ada yg tak syirik,jika ia melibat susuk atau perkara yg b'tentangan dgn syarak maka haram dan syirik p'buatan..tp kalau setakat b'hias dan solekan yg tak b'lebihan tak la jd syirik..nak jd pengantin yg berseri kena la jaga akhlak,yg tak cantik pun nampak cantik jika molek akhlaknya.
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)
~Sayang satu ucapan yang mudah disebut tapi biarlah dengan keikhlasan. .
~Ingatlah sentiasa kepada Allah yang memberi rezeki dan kenikmatan. .
~Sesungguhnya tanpa kasih Sayang-Nya siapalah kita disisi Allah.
Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu.
Indahnya dunia hanya sementara, indahnya cinta hanya seketika, indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti, tetapi indahnya persahabatan sukar di cari ganti.
"Sesungguhnya jika Allah berkehendakkan kebaikan terhadap hambaNya, maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambaNya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".
"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

No comments:

Post a Comment