Thursday, 10 September 2015

Tazkirah


Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli.

Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri.
Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal

maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan
Hukum mesej dengan bukan mahram harus bila benda mustahak,

makruh bila benda lagha,

haram bila timbul nafsu syahwat.
Semua lelaki adalah sama kacak,

namun yang paling kacak di antara mereka

ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
Jangan terlalu sombong

kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur.
Bimbinglah isterimu dgn penuh kasih sayang,

didiklah mereka mnjadi wanita solehah

kerana mereka bakal mnjadi kekasih syurgamu.

Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan

segala dosa dari isterinya setiap hari sebelum tidur..
Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama.

Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.


Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah satu bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri.
Kena ingat bila menjadi suami atau isteri,

kedua-duanya ada tanggungjawab

yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.
Sayangi isteri kamu walau seburuk mana pun perangai mereka.

Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami.


Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung
Ilmu pengetahuan ibarat papan di jalan. Ia hanya menunjukkan arah yang harus kita ikuti untuk mencapai destinasi tetapi usaha yang akan membawa kita ke destinasi itu.


بسم الله الر حمن الر حيم
Apabila engkau diberi merasa gembira kerana pemberian, dan jika ditolak merasa sedih kerana penolakkan, maka ketahuilah yang demikian itu sebagai tanda masih adanya sifat-sifat keanak-anakan padamu, dan belum bersungguh-sungguh dalam sifat kehambaanmu kepada Allah.

😭😭😭 masih anak kecil rupanya...


Janganlah engkau bersedih dengan rupa parasmu, sesungguhnya Allah menilai amalanmu, bukan rupa parasmu.
Bila orang mula tak suka, kita lawan dengan doa bukan dengan kata-kata.
Usah terlalu kagum dengan teknologi tanpa wayar sedangkan setiap hari kita berkomunikasi dengan ALLAH juga tanpa wayar 😊
DAKWAH bukan untuk GLAMOUR. DAKWAH bukan untuk POPULAR. DAKWAH bukan untuk MENDAPAT NAMA. DAKWAH adalah TANGGUNGJAWAB SEMUA sebagai KHALIFAH
Kadang-kadang lebih baik kita berdiam diri daripada meluahkan apa yang kita rasa, sebab orang lain boleh mendengar, tapi tak dapat nak faham isi hati kita.
Bila ALLAH sayangkan hambaNYA... ALLAH akan datangkan rasa bersalah terhadap dosanya... MashaAllah..
Kalau nak kira nikmat yang ALLAH bagi kat kita, guna kalkulator pun bley rosak kalkulator tu.



بسم الله الر حمن الر حيم
Bagaimana engkau meminta upah terhadap suatu amal yang Allah sendiri sedekahkan amal itu kepadamu, atau bagaimanakah engkau meminta balasan atas suatu keikhlasan, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.



بسم الله الر حمن الر حيم
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan memberi gantinya dengan yang lebih baik.”

Akan tetapi syahwatnya lebih besar daripada kesabarannya dan hawa nafsunya lebih berat daripada akalnya.

No comments:

Post a Comment