Wednesday, 2 September 2015

Tasawuf merdeka


Bebaskan dirimu dari selain Allah.
Bergantung hanya pada Allah.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA !


Kamu belum merdeka lagi, kamu masih  menjunjung undang-undang kafir Lord Reid laknatullah!

Kamu dusta dalam pengakuan kemerdekaanmu, orang yg merdeka itu ialah orang yg bebas daripada ikatan makhluk dan menjadi hamba kepada Allah!

Jangan kamu batas Tuhan dengan segala sesuatu, tiada undang-undang( hukum) melainkan hukum Allah! - لا اله الا الله  محمد الرسول الله -

Jangan batas Tuhan dengan segala sesuatu!

Tidak mengerti siapa yang hanya berpegang dengan zahirnya tanpa memerhati kehendak darinya!


mereka yg berada di dalam penjagaanNYA akan sentiasa dipelihara olehNYA dari segala dosa dan maksiat serta mengikut hawa nafsu...kalaupun mereka terlalai dan terjatuh di dalam maksiat,ALLAH akan letakkan perasaan sebak hati dan rse bersalah dengn tuhan mereka dan mereka akan terus memohon keampunan kepdaNYA dek kerana perasaan hiba yg menimpa diri mereka...ni lah hamba yg trpilih di sisiNYA dan sentiasa dipelihara oleh tuhanNYA...

di dalam ketaatn pula,mereka akan melakukannya dalam keadaan hina diri serta lemah dan tiada daya upaya mereka di dalam melakukannya melainkan dengn rahmatNYA semata2,mereka adalah hamba yg telah mnyerahkan segala apa yg ada pda mereka kepada pemilik yg sebenar yakni ALLAH S.W.T...mereka bahagia di sisiNYA walau pahit dan manis datg menyapa mereka...


Engkau menerang dengan hati, bukan dengan nafsu. Kalau engkau menerang dengan nafsu, engkau akan cenderung kepada perbalahan dan payah mengakui kebenaran.

Jika itu terjadi, serta-merta engkau berhenti. Hatimu istighfar, mohon maghfirah Tuhan!


🌾


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


🍀
Ada seorang bertanya kepada Abu Yazid Al-Busthomi;

"Bagaimana tuan habiskan masa pagimu?".

Abu Yazid menjawab: "Diri saya telah hilang (fana) dalam mengenang ALLAH hingga saya tidak tahu malam dan siang".


💫
Satu ketika Abu Yazid telah ditanyai orang bagaimanakah kita boleh dekat dengan ALLAH?

Beliau telah menjawab dengan katanya:

"Lenyapkanlah diri kamu.
Di situlah terletak jalan menuju ALLAH."

"Barangsiapa yang melenyapkan (fana) dirinya dalam ALLAH, maka didapati bahawa ALLAH itu segala-galanya."


🍀

ALLAH Maha Tahu..


.

No comments:

Post a Comment