Wednesday, 2 September 2015
Checnya
Inilah Presiden Berjanggot Yang Selalu Memerintahkan Rakyatnya Untuk Berselawat Kepada Rasulullah ππ³π
π Chechnyaπ©
Ramzan Akhmadovich Kadyrov, Presiden Republik Chechnya saat ini adalah seorang negarawan sejati yang senantiasa mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Usianya baru 38 tahun namun pemikirannya sangat brilliant, kurang dari 10 tahun beliau memimpin Chechnya menjadi negara dengan peningkatan pembangunan yang amat menakjubkan di dunia Islam mutakhir ini.Negara yang sebelumnya hancur porak-poranda kerana peperangan, kini disulam menjadi negeri yang indah, bersih dan kemas.
Ayahnya, Akhmad Kadyrov adalah seorang Ulama sekaligus Mufti Pejuang Chechnya pada masa perang dulunya, telah dilantik menjadi Presiden Republik Chechnya yang pertama, dua masa jabatan sebelum beliau. Keluarga Kadyrov adalah keluarga yang disegani oleh masyarakat Chechnya dan juga oleh pemerintah Russia.
Diantara keistimewaannya Presiden Ramzan adalah lisan beliau tidak pernah berhenti membaca Selawat kepada Rasulullah, dan memerintahkan kepada segenap kementerian pemerintah dan warganya untuk melazimkan bacaan Selawat Nabi.
Beliau juga mewajibkan polis dan tenteranya untuk solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid. Jika solat Jumaat tiba, beliau akan solat di saf ketiga, beliau tidak mahu maju ke depan karena hormat kepada para Habib dan Ulama yang mengisi saf pertama dan kedua.ππ³π
Masha Allah.
Inilah pemimpin Islam yang harus dijadikan contoh teladan & inspirasi oleh para pemimpin² negara Islam zaman ini π€π³π
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment