Sunday, 2 August 2015
Tazkirah
๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท
๐ฎ Selamat Menunaikan Solat Sunat Fajr & Solat Fardhu Subuh.
Surah An-Naba':26 - 27
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
๐ฎSesungguhnya solat awal waktu adalah sunnah Nabi SAW.
๐Baginda Nabi SAW bersabda; "Solat sunat dua rakaat (sebelum) subuh itu lebih baik dari dunia dan segala isinya".(HR Muslim)
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ
๐SAMBUT HARI DENGAN SENYUMAN ๐
Setiap pagi terbit mentari
Moga iman mu di perbaharui.
Sambut hari dengan SENYUMAN
KEBAHAGIAAN itu KEKAYAAN
KEJAHILAN itu KESESATAN
KESABARAN itu KETENANGAN
KELALAIAN itu KERUGIAN
KEMAAFAN itu KEMULIAAN
KERENDAHAN itu KEHAMBAAN
KESUNGGUHAN itu KEKUATAN
KEREDHAAN itu KEDAMAIAN
Dan KESYUKURAN itu KENIKMATAN
Tiada KEINDAHAN dalam KEHIDUPAN
Tanpa merasai KEPAHITAN
Tiada mekar KEBAHAGIAAN
Tanpa benih KESABARAN
Tiada berkat dalam KENIKMATAN
Tanpa rasa KESYUKURAN
Tiada mewah harta KEKAYAAN
Tanpa subur KEMURAHAN
Sambut hari dengan SENYUMAN
Moga menjadi hamba pilihan
Insyaa Allah ๐ Semangatttt ๐๐๐๐๐
Wanita Solehah Pemangkin Ummah
๐..7 Golongan, Allah SWT akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :
๐.Imam yang adil.
๐.Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah SWT.
๐.Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.
๐.Dua orang insan yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.
๐.Insan yang diajak (digoda) wanita lalu dia berkata "sesungguhnya aku takutkan Allah".
๐.Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.
๐.Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air mata.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
๐พSubhanallah..
๐ SATU HARI SATU HADITH ๐
๐ Imam Al - Hasan Al- Basri rahimahullahu Taala berkata : LAA ILAHA ILLALLAH itu adalah HARGA SYURGA
๐ Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu berkata : Nabi shallallahu alaihi wasallam di tanya :
๐ Ya Rasulullah ! Apakah ada harga untuk Syurga itu ?
๐ Jawab Baginda : Ya ia itu LAA ILAHA ILLALLAH.
KITAB TANBIHUL GHAFILIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment