Nafsu mengalahkan akal dan ilmu! Syariat, thariqat, hakikat dan makrifat tiada guna tampa rahmat Allah!
بسم الله الر حمن الر حيم
Allah sendiri yang memilih hambanya, maka ada yang dipilih untuk melaksanakan ibadat yang lahir ialah mereka para abid dan zahid, dan ada pula yang dipilih oleh Allah untuk kesayangan (kekasih) Allah dan mereka ini orang-orang arif muhibbin yang tidak ada tempat dalam hati mereka kecuali zikrullah semata-mata. Menganggap dunia ini kosong tidak ada apa-apa kecuali Allah yang menciptakan dan melaksanakan segala sesuatunya.
Allahu Taala 'Alam
🎈Hati ini mahal Dan berharga.. kenapa ia mahal Dan berharga.. kerana di situ lah tempat Allah melihat kita bukan pada rupa kita..
AKU-lah ALLAH, Tuhan Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai hambaKU yg melakukan dosa kelalaian, janganlah engkau berputus-asa daripada rahmatKU, sesungguhnya AKU-lah Zat Yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Wahai hambaKU! Barangsiapa yg mendapatKU, maka ia telah mendapat segala sesuatu dan barangsiapa yg terlepas daripadaKU, maka ia telah terlepas segala sesuatu!
Ya Allah! Janganlah Engkau halauku daripada HadratMu, walaupun aku kehilangan segala-galanya, cukuplah Engkau bagiku....
🌹 Mutiara Kata 🌹
"Orang yang tinggi ADAB, walaupun kekurangan ILMU lebih mulia dari orang yang banyak ILMU tetapi kekurangan ADAB".
-Habib Umar Ben Hafez-
Ya Allah! Janganlah Engkau halauku daripada HadratMu, walaupun aku kehilangan segala-galanya, cukuplah Engkau bagiku....
Ya Allah! Kadang-kadang aku dusta dalam memandangMu, tetapi Engkau tetap memandangku dan aku tetap memandangMu, maafkanlah aku wahai kekasihku....
🎈 orang yang Faqih (alim sungguh) ialah yg faqih dgn perbuatannya (perbuatannya tak menyalahi ilmunya)...
Bukan lah faqih namanya yg hanya bijak bertutur dan berkata-kata (tapi amalannya menyalahi)...
Begitulah seorang ketua (pemimpin) yg sebenar ialah yg memimpin dgn akhlaqnya...
Bukanlah pemimpin namanya yg hanya mengetuai kaumnya atau kakitangannya...
Begitulah org kaya yg sebenarnya ialah yg kaya ahwalnya... ( kaya rohaninya)
Bukanlah kaya namanya org yg hanya memiliki kuasa dan hartanya...
masya Allah...
Bunuhlah selain Allah didalam akalmu dengan pedang tauhid danberhadaplah kepada Allah sentiasa!
Ya Allah! Butakanlah hatiku daripada melihat selainMu dan pandangkanlah aku kepada Wajah KeelokkanMu....
No comments:
Post a Comment