Saturday, 1 August 2015
Bekam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Renungan hari ini:-
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إن كان في شيء مما تداويتم به خير فالحجامة
Maksud hadis :- Drp Abi Hurairah r.anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kiranya ada sesuatu yang lebih baik untuk kamu gunakan berubat dengannya, maka ia (sesuatu tersebut ) adalah berbekam ." (Abu Daud : 2102, 3857, Ibnu Majah : 3476)
Yang Terbaik Berbekam Untuk Perawatan Penyakit Ialah Setiap Bulan.
Pada tarikh 17, 19, 21 hb hijriyyah.
Akan Tetapi Kesan Maksimum Bekam Biasanya Akan Jelas Nampak Setelah 120hari.
Dan pengulangan Bekam Juga Haruslah Dibuat dlm Tempoh 120 hari Sebagai Penjagaan Kesihatan.
Bagi Wanita Waktu Yang Sesuai untuk berbekam ialah Selain daripada Hari 2 Permulaan Haidh . Berbekam Dibolehkan pada Hari Haidh yang Sedikit.
Wanita Juga Disarankan Berbekam Mengikut tarikh Yang Mustajab 17, 19, 21 hb Hijriah.
Akan Tetapi, Boleh Juga Berbekam Pada Tarikh SELAINNYA, Mengikut Keperluan Semasa.
Selepas Berbekam DiSarankan Pesakit untuk berehat dan TIDAK melakukan kerja2 Berat.
Juga Haruslah mengambil Minuman dan Pemakanan Bertujuan Menambahkan Tenaga.
BICARA ILMU PERUBATAN ISLAM👳
HIJAMAH (BERBEKAM): SUNNAH YANG DIABAIKAN
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
HADITH YANG BERKAITAN TENTANG HIJAMAH
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَة : شَرْبَة
ِ عَسَل وَشَرْطَةِ مِحْجَم وَكَيَّةِ نَار وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
Rasulullah s.a.w bersabda,
Kesembuhan itu terletak pada tiga perkara iaitu, meminum madu, pembekaman dan pemanasan dengan api, tetapi aku melarang umatku berubat dengan pemanasan.
(HR Sahih Bukhari: Jilid7, Kitab71, No. 584)
Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari mengatakan bahawa Nabi s.a.w. tidak bermaksud untuk mengehadkan perubatan hanya pada tiga cara tersebut sahaja, tetapi kesembuhan juga boleh diperoleh dengan cara selainnya. Hanya kerana Nabi s.a.w. hendak menyebutkan tentang asas-asas penyembuhan untuk penyakit-penyakit imtila‟iyah (kelebihan) darah, cecair hempedu, lender dan sebagainya.Cara penyembuhan penyakit berkenaan adalah dengan mengeluarkan darah. Nabi khusus menyebut tentang bekam kerana ia selalu digunakan oleh bangsa Arab dan mereka kerap kali mengamalkannya.
(Ibn Hajar al-Asqalani (2008). Fath al-Bari syarah Sahih al-Bukhari (terjemahan). Jakarta: Pustaka Azzam).
Sementara itu, Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi telah berkata: “Kalau suatu Negara kekurangan ahli bekam, nescaya kebinasaan mengancam, yang bererti mereka menyerahkan dirinya kepada kebinasaan. Padahal Tuhan yang menurunkan penyakit, Dia juga menurunkan ubatnya dan Ia membimbing umat manusia untuk menggunakan ubat tersebut”.
SEJARAH HIJAMAH
v Hijamah/ bekam/ cupping/ kop dan banyak istilah lain telah dikenali sejak zaman Sumeria, kemudian berkembang sampai Babilonia, Mesir, Saba, dan Persia.
v Pada zaman Rasulullah baginda menggunakan kaca daripada cawan atau mangkuk tinggi.
v China kuno menyebut hijamah sebagai tanduk kerana tanduk digunakan untuk menggantikan kaca.
v Pada kurunke18, orang Eropah menggunakan lintah sebgai alat hijamah. 40 juta lintah diimport ke Negara Perancis untuk tujuan itu.
HIJAMAH MENURUT ISLAMDEFINISI HIJAMAH:
Proses menyedut sejumlah darah dari tempat tertentu dengan tujuan mengubati satu organ tubuh atau penyakit tertentu.
(Kitab Mu’jam Lisan al-‘Arab)
Hijamah diambil daripada bahasa Arab:
-al-hijmu (menghisap)
-al-hajjam (ahli yang melakukan hijamah)
-al-mihjam (bekas yang digunakan)
Nama lain:-
- Bekam, Cupping, ,Jiaofa.
JENIS HIJAMAH:
HIJAMAH JAAFAH (ANGIN) /BEKAM KERING -60%
BEKAM KERING
v Bekam tanpa mengeluarkan darah/ hijamah jaffah) fungsi bekam kering memperlancar aliran darah beku atau mengalirkan darah kebahagian tubuh yang kekurangan.
v Berkhasiat untuk melegakan penyakit ringan-angin, rheumatois,buasir,inflamasi.
v Terbahagi dua: bekam tarik dan luncur.
HIJAMAH ROTHBAH (DARAH)/ BEKAM BASAH-40%
Bekam dengan mengeluarkan darah/ hijamah damamiyah.
v Bekam kering dilakukan terlebih dahulu untuk mengeluarkan angina dalam darah.
v Berkhasiat untuk penyakit yang berkait dengan sistem peredaran darah dalam tubuh; untuk penyakit yang lebih berat, akut dan kronik,contohnya darah tinggi, kanser, kolestrol berlebihan, diabetis mellitus dan sebagainya.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Al-Hijamah.
Apa itu Hijamah / bekam? Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap (vacuum), kemudian melakukan sayatan nipis (hirisan) pada permukaan kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah.
Proses pengubatan bekam mempunyai 3 peringkat iaitu :
1)Penyedutan
2)Penyayatan
3)Pengeluaran darah.
PENCERAHAN :
Ada qaul yang menyatakan penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Lut a.s. Kaum Nabi Lut a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka, mereka akan melempari kepala orang itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dengan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan. Ini membuktikan penggunaan bekam sebagai cara pengubatan telah digunakan sejak zaman itu sehingga zaman Rasulullah SAW dan pada masa kini.
Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu’jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai saranan berbekam ini:
خَيْرُ يَوْمٍ تَحْتَجِمُوْنَ فِيْهِ سَبْعَ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَإِحْدَى وَعِشْرِيْنَ , وَقَالَ: وَمَا مَرَرْتُ بِمَلإٍَ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي إِلاَّ قَالُوْا: عَلَيْكَ بِالْحِجَامَةِ يَا مُحَمَّدُ
"Hari yang baik untuk kamu berbekam padanya ialah 17, 19 dan 21. Dan sabda Baginda seterusnya: Aku tidak lalui pada malaikat dari malaikat-malikat (yang ditemui) pada malam aku diisra'kan kecuali mereka mengatakan: “Hendaklah kamu berbekam wahai Muhammad”.
(HR: Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi))
"Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu, torehan alat bekam, al-khayy (bakar dengan api) sesungguhnya aku melarang umatku dari 'khayy."
(HR: Bukhari)
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit."
(HR: At-Tabarani)
SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.
Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.
Manfaat dan kelebihan bekam menurut pengamal perubatan ini, antaranya ialah ;
1) Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w
2) Meningkatkan daya tahan tubuh badan.
3) Mencuci darah
4) Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
5) Sangat berkesan mengatasi racun (toxik dalam badan)
6) Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah.
7) Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi.
8) Mengatasi gangguan tekanan darah.
9) Merawat pelbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden.
KESIMPULAN :
Pengamal bekam turut perlu untuk memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti Ayat Kursi, doa dan Selawat Syifa’, sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana dikatakan bekam bukan sahaja mampu menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir. Insya Allah !
Wallahu a'lam -
Assalamualaikum, salam hormat.
Semoga Allah merahmati kita semua dalam mempraktikkan sunnah Nabi SAW.💚👳👳
👳Benarkah bekam itu Sunnah ?
👳Berbekam adalah Sunnah dan ianya adalah amalan rutin Nabi SAW dalam menghadapi pelbagai penyakit yang ditimpa keatasnya, merupakan perubatan Nabi SAW.
😣Betulkah darah bekam itu kotor ?
👳Ya darah bekam adalah kotor, darah yang tidak diperlukan oleh badan, darah yang tidak beroksigen , bertoksid dan perlu segera dibuang.Hayat sel darah 120 hari, kemudian mati maka segera dibuang melalui bekam.
😰Tidak menyakitkan tubuh?
👳Bekam tidak akan menyakitkan tubuh badan anda. Darah dikeluarkan dari permukaan epidermis kulit sahaja.·
😷Adakah selamat buat rawatan bekam darah?
👳Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja. Peralatan bekam disterilkan.
⌚Apakah waktu yang mustajab ?
👳Sebelah pagi / waktu siang dan tarikhnya ialah tanggal 17,19 dan 21hb setiap bulan Islam.
[ malam dibolehkan ] Makan sedikit alas perut sebelum berbekam.
🚫⛔Apakah pantang larang selepas berbekam ?
👳Anda dianjurkan tidak makan, mandi dan tidur sejurus menjalani rawatan bekam. Seeloknya, selepas 2 jam berikutnya barulah anda ambil makan/tidur.Elakkan juga bersama pasangan untuk 1 malam.
👑Bilakah saya melihat hasil bekam?
👳Hasil bekam bergantung kepada kesihatan asas seseorang. Jika dia mengidap penyakit yang agak kronik, memerlukan kekerapan bekam untuk melihat hasil, jika kesihatan agak baik, hasil bekam akan segera berkesan·
💊Adakah bekam memberi kesan sampingan kepada tubuh dll ?
👳Bekam tidak akan memberi apa-apa kesan sampingan kepada pesakit biasa, namun jika ada kesan seperti pening kepala, muntah , loya, rasa lemah tubuh, demam sila segera hubungi perawat anda.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
--- ▶ PORTAL RASMI KAMI
http://www.klinikbekamterengganu.blogspot.com
--- ▶ Like pages utama kami
---https://www.facebook.com/klinikbekam
--- ▶ Hubungi kami untuk temujanji
--- 📞 013 969 5677 ( Ustaz wan Mohd Abzal )
@ 📞 013 996 7775 ( Kak Noor )
Sebarkan untuk kebaikan bersama.
Assalamualaikum, salam hormat.
Semoga Allah merahmati kita semua dalam mempraktikkan sunnah Nabi SAW.💚👳👳
👳Benarkah bekam itu Sunnah ?
👳Berbekam adalah Sunnah dan ianya adalah amalan rutin Nabi SAW dalam menghadapi pelbagai penyakit yang ditimpa keatasnya, merupakan perubatan Nabi SAW.
😣Betulkah darah bekam itu kotor ?
👳Ya darah bekam adalah kotor, darah yang tidak diperlukan oleh badan, darah yang tidak beroksigen , bertoksid dan perlu segera dibuang.Hayat sel darah 120 hari, kemudian mati maka segera dibuang melalui bekam.
😰Tidak menyakitkan tubuh?
👳Bekam tidak akan menyakitkan tubuh badan anda. Darah dikeluarkan dari permukaan epidermis kulit sahaja.·
😷Adakah selamat buat rawatan bekam darah?
👳Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja. Peralatan bekam disterilkan.
⌚Apakah waktu yang mustajab ?
👳Sebelah pagi / waktu siang dan tarikhnya ialah tanggal 17,19 dan 21hb setiap bulan Islam.
[ malam dibolehkan ] Makan sedikit alas perut sebelum berbekam.
🚫⛔Apakah pantang larang selepas berbekam ?
👳Anda dianjurkan tidak makan, mandi dan tidur sejurus menjalani rawatan bekam. Seeloknya, selepas 2 jam berikutnya barulah anda ambil makan/tidur.Elakkan juga bersama pasangan untuk 1 malam.
👑Bilakah saya melihat hasil bekam?
👳Hasil bekam bergantung kepada kesihatan asas seseorang. Jika dia mengidap penyakit yang agak kronik, memerlukan kekerapan bekam untuk melihat hasil, jika kesihatan agak baik, hasil bekam akan segera berkesan·
💊Adakah bekam memberi kesan sampingan kepada tubuh dll ?
👳Bekam tidak akan memberi apa-apa kesan sampingan kepada pesakit biasa, namun jika ada kesan seperti pening kepala, muntah , loya, rasa lemah tubuh, demam sila segera hubungi perawat anda.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
--- ▶ PORTAL RASMI KAMI
http://www.klinikbekamterengganu.blogspot.com
--- ▶ Like pages utama kami
---https://www.facebook.com/klinikbekam
--- ▶ Hubungi kami untuk temujanji
--- 📞 013 969 5677 ( Ustaz wan Mohd Abzal )
@ 📞 013 996 7775 ( Kak Noor )
Sebarkan untuk kebaikan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment