Saturday, 20 June 2015

Ilmu


♨♨♨♨♨♨♨♨♨
🚺 HUKUM BEDAH MAYAT 🚹
🚯 HARAM SAKITI MAYAT 🚷
♨♨♨♨♨♨♨♨♨

🚑🇬🇧🚑🇬🇧🚑🇬🇧🚑🇬🇧🚑
Soalan : ‪010-432-6496‬ : Gadis Muslimah :
Assalam... Nk tya bleh ke kita derma kn organ badan kita pabila kita meninggal nti.....
... so mcm ne pula...klu dh niat dia nk derma kn satu organ pd si polan ni .....haram jg ke.....jelas kn ....wlaupn kita DA niat baik.... Salah ke derma bg menyelamat kn nyawa seorg utk hidup di dunia...😔

★Buat adik muslimah, hamba tambah sikit lagi dari jawapan semalam, sebab takde yg nak jawab. hamba bukan ustaz, tapi hamba cuba jawab. hamba wajab di sini, mudahan ada pahalanya pada nak mengambil manfaat.

bismillah : Jika didermakan saat kita masih hidup, tak menjadi salah atas faktor proses tersebut tidak melibatkan kesakitan (azab — kita tak rasa sakit, dan saat kita di bedah tu kita TIDAK dalam keadaan sakit/derita). Itu atas kerelaan sendiri. Lebih lagi jika untuk menyelamatkan ibu bapa kita yang sakit, hukumnya harus, dengan syarat tidak membahayakan nyawa kita.

Cuma yang tidak dibenarkan, adalah selepas mati, atas sebab pada masa tu tubuh baru lepas merasai azab sakaratulmaut. Jasad sedang menderita selepas azabnya keluar nyawa dari jasad tubuh. Haram mencampakkan diri ke jurang kebinasaan (menyakiti diri sendiri @ mencari azab) maka adalah haram menyakiti mayat yang baru sahaja kesakitan sakaratul maut.

Cuba bayangkan, seekor Kambing hidup yang dilapahkan kulitnya dan lihat dia mengelur kesakitan, lepas tu diambil pula limau nipis diperah di atas kulitnya... caba bayangkan sakitnya? Itulah perumpamaan mayat yang dibedah bagi diambil organnya.

Rasulullah bersabda (makna) : "pelihara dirimu dari terkena azab nar (selepas mati) walaupun sebesar biji buah tamar."
★Hadis ini tentang nasihat Rasulullah agar menjauhi diri (roh dan jasad) dari "terkena" sebarang azab kesakitan selepas MATI. Kita beribadah dan taat kepada Allah selain ia adalah hal yg wajib(tanggungjawab makhluk), tapi disamping itu, kita juga minta agar Allah dijauhkan dari terkena "azab" selepas mati. Sebab kita takut dan tak mahu roh kita menderita selepas mati (semua faham hal ini kan?) ... tapi jika kita mengizinkan jasad kita dibedah atau izinkan jasad ayah kita dibedah doktor selepas mati, ini bermakna kita "mencari azab" atau membenarkan roh ayah kita mendapat "azab derita" tersiksa bila tubuhnya dibedah dipotong digergaji ditoreh toreh oleh doktor yang "jahil" dan tak mengerti persoalan di alam roh ....

.. Dia tak tahupun hal roh tersiksa tu. Dia cuma jalankan kerjanya. Dan banyak kes pengalaman doktor doktor bedah, yang bermimpikan yang mana Roh si mati datang merayu dalam mimpi agar keesokan harinya supaya tidak "membedah" tubuh si mati ... ada byk kes berlaku baik dia nusantara ini mahupun di barat, ceritanya "sama" dengan "permintaan" yg sama... sila tanya sendiri pengalaman doktor doktor bedah mayat.. ceritanya hampir sama, bermimpikan roh si mati merayu menangis agar tidak dibedah!

hamba kait kan dari soalan pertama adik muslimah di atas tu juga. Untuk faham persoalan ini, tak memadai jika sekadar tahu hukumnya sahaja, sama ada halal atau haram jika tak faham kenapa dan mengapa dikatakan ia dibenarkan atau diharamkan.

Bila kita sekadar berpegang pada fatwa semasa sahaja, terkadang fatwa itu "dipengaruhi" unsur unsur "luar" bagi menghalalkannya sekalipun ada hadis yg menentangnya.

Hamba ambil contoh mudah, dlm issue dividen simpanan ASB. Rasanya dlm group ni ramai yang menabung ASB dan pernah memakan dividen tahunannya yg 10 percen tu kan? ... 😎

Oleh kerana dana tabungan ASB tu diperlukan kerajaan, maka ada ulama yg mewakili kerajaan yang mengharuskan ASB ni dan menghalalkan memakan dividen 10 percen tu. Sebenarnya, buat yang belum mengetahui, di dlm dividen ASB yg 10 percen tu, di dalamnya terdapatnya "RIBA" melebihi 40 percen, atas kerana sumbernya "tidak bersih".. (info ini dari Prof Harun Din 2015 youtube). Riba ASB melebih 40 percen, maka ia JELAS HARAM. (Pemakan riba solat tertolak). Pada yg dah termakan riba, Allah maafkan, tetapi jika dah tahu ini tapi jika makan juga, maka Allah dan Rasul kata, dia kekal menghuni jahanam. Daging tubuh hasil dari riba, wajib di sambar api neraka.

Tapi atas faktor "kepentingan" sesuatu pihak, maka masih ada lagi ulama kerajaan yg menghalalkan dividen ASB. So,begitulah persoalan bedah mayat/derma organ mayat muslim. Atas sebab pihak kerajaan tak sanggup menanggung kos mesin pencuci darah bagi pesakit buah pinggang saban hari semakin ramai,maka, jalan terbaik menjimatkan kos kerajaan adalah membekalkan pesakit dengan buah pinggang si mati. Persoalan derma tu soal lain, tapi isunya di sini adalah bedah mayat dgn menyakitinya.

Ada organ mayat yang di ambil secara halal dengan izin keluarga si mati, dan banyak kes dan tiap tiap hari berlaku dimana disetiap hospital, setiap kali ada kemalangan maut, MEREKA DIWAJIBKAN MEMBEDAH MAYAT, bagi "mencuri" organ mayat si mati yg kemalangan maut. Sebab itu kemalangan yg sah dah mati, mayat tersebut "tetap" akan dibedah dan diselongkar isi perut mayat bagi "mengambil" (ambil) apa yg "bernilai" di dalam tubuh si mati tampa pengetahuan keluarga simati. Inilah "rahsia" setiap hospital. Sebelum mayat dijahit, mereka akan ambil buah pinggang yang baik bagi kegunaan pihak hospital. Alasannya kelihatan baik, konon utk menyelamatkan nyawa insa lain? (Islam tidak menghalalkan cara). Hal ini bertentangan dengan sunnah yang menegah menyiksa mayat, apa lagi mencuri organ dalaman si mati yg diizinkan dibedah "tampa sebab"..

Tetapi majlis fatwa yang "bekerja makan gaji" di bawah kerajaan, terkadang mereka terpaksa menghalalkan walaupun hal tersebut adanya dalil larangan di dalam islam, tapi majlis fatwa biasanya berhukum lebih kepada mengikut kehendak "majikannya" daripada "Kehendak" agama, Allah dan Rasul.

Ya dalam keadaan tertentu (kes darurat) syarak membenarkan (kes mayat tertelan permata milik org), maka wajib di bedah jika gagal dikeluarkan.. Tetapi jika dipandang dari pandangan ulama Sufi, ia tetap dianggap haram sekalipun ulama "zahir" membenarkan(mubah bedah mayat dgn "alasannya")..  Maka merekapun (ulama zahir) membenarkan pengambilan organ mayat islam walaupun mereka tahu ada hadis tentang larangan menyakiti mayat.

Maka orang awam yang jahil kefahaman, mereka sekadar menuruti apa apa yang majlis fatwa tetapkan tampa mengetahui Rahsia dan RISIKO YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MAYAT SI MATI. Taklik tampa mengetahui kesan kesan selepas mati. Sejarah dah membuktikan bahawa hujah fatwa para ulama Sufi lebih "tepat" dari hujah fatwa para ulama "Zahir"(ulama fiq syariat) .. Para ulama Sufi berhujah dengan dalil Quran, hadis dan pandangan makrifah (firasat) .. berbeza dgn fatwa ulama zahir, mereka berhukum mengikut "keadaan" walaupun terkadang terpaksa mereka membelakangi "nasihat hadis" dlm sesuatu hal ...

HARAM MENYIKSA MAYAT WALAU DICUBIT APA LAGI DIBEDAH DENGAN PISAU DAN DIROBEK ISI PERUT :

Di dalam islam, syariat Nabi SAW mengajar kita, tidak membenarkan untuk menyakiti manusia, usahkan sesama islam, dengan kafirpun tidak dibenarkan agama. ITULAH "ILMU AKHLAK" yang diajari Rasulullah SAW untuk kita IKUTI dan PATUHI sekalipun 100 orang ulama menentangnya, tetapi jika ianya adalah ilmu AKHLAK NABI DAN "WASIAT" NABI SAW, MAKA "WAJIB" DIGIGIT SEKUATNYA sebab Rasulullah SAW berkata dengan "ILMU-NYA", Setiap sabdaan Nabi adalah sama seperti hujah Allah, atas sebab ia adalah hujah ilmu Allah SWT yang dituturkan melalui Lidah Kekasih-Nya Nabi SAW, maka itulah kehendak Allah SWT.

Begitulah dalam hal membedah/menyakiti mayat.. usahkan dengan manusia, dengan haiwanpun tidak dibenar utk menyakiti.

 Orang soleh yang beriman kepada Allah yang taat kepada suruhan Allah antara lain atas faktor untuk mencegah diri dari "disakiti" oleh Allah dari azab dan bala-Nya di dunia dan di akhirat. Kalau boleh, dengan ibadah yang kita lakukan itu di terima Allah, lalu kita mengharapkan Allah SWT "MELINDUNGI DIRI KITA" dari TERKENA sebarang AZAB "SELEPAS MATI" ..... Betul tak?

 Kita sangat sangat takut dan kuatir jika roh dan jasad kita selepas mati akan TERKENA sebarang SIKSAAN yang menyiksakan.. Cukuplah Azab Sakaratul maut yang tersangat Azab tu, kata Rasul, bagaikan kambing hidup yang dilapah kulitnya! Allahu'akbar azabnya tidak mampu digambarkan.

Jadi cukuplah siksaan sakaratul maut itu, kita tak mahu dah ada lagi azab azab siksaan selepas sakaratul maut tu. Rasulullah memaklumkan bahawa, selepas matinya seseorang anak adam, waktu diantara "selepas"sakaratul maut dan di tanam itu, di antara jarak 2 point ini adalah yang dinamakan "FASA KEREHATAN MAYAT" sebelum ke next level (Azab di dalam kubur pula atau Nikmat Kubur @ Taman Syurga Allah).

Maka pada Fasa Kerehatan Mayat ini, sebagai umat muslim yang BERIMAN dan BERAKHLAK TINGGI Nabi SAW, maka Jasad Mayat WAJIB DIHORMATI dan dijagai sebaik-baiknya, atas sebab jika dia seorang Soleh, kita tidak mahu Rohnya yang masih bertempat di dalam jasad mayat tu bertambah "disakiti" ..


Kita sebagai makhluk Allah SWT yang hina ini tidak mempunyai "hak" untuk menyakiti sesiapapun lebih lagi untuk "menyakiti" mayat orang orang Soleh. Hanya Allah sahaja yang layak untuk "menyiksa" para hamba hamba yang dikehendaki-Nya.

Atas kerana itu Rasulullah SAW MENEGAH & MELARANG untuk membelah mayat, kerana Rasulullah SAW "tahu" dengan ilmu-Nya bahawa walaupun nyawa telah terpisah dari badan, tetapi "ada" roh yang masih mendiami jasad setiap manusia.


MENGENAL 3 JENIS ROH DLM JASAD :
1) ROH SULTANI :

Nyawa pertama di namakan Roh Sultani :
Inilah roh yang menjadi Raja yang mengarahkan tubuh bebuat pekerjaan sama ada baik atau jahat. Dia bagaikan kuda, ada masanya dia ditunggani Malaikat, maka jasad diarah berbuat kebaikan. Dan ada masanya dia ditunggangi Iblis, Syaitan dan Jin (qarin). Tetapi dia bukan "nyawa" yang menggerakkan tubuh, malah Roh Sultani berfunsi pada jiwa akal insan atas kerana adanya satu lagi Roh yang kita sebut sebagai "Nyawa".

2) ROH JASADI :
Roh Kedua : Roh Jasadi : funsinya cuma menggerakkan dan menghidupkan daging agar bekerja, jantung berdenyut, darah mengalir, membekal darah ke seluruh tubuh, mengfunsikan otak agar sistem dalam otak berjalan dengan lancar, dialah yang mengecutkan jantung agar udara masuk dan keluar, dialah yang menyebabkan air kencing, sperma, haid, akan keluar bila cukup waktu yang di tetapkan Allah..

.. tetapi Roh Jasadi ini tidak mempunyai apa apa "perasaan" atau "rasa", dia bagaikan robot roh yang ditugaskan bekerja di dalam tubuh bagi pihak Roh Sultan. Dia akan memberi tahu pada roh Sultani jika tabung air kencing telah penuh. Lalu (Roh Ketiga dlm jasad akan "Rasa" Nak Kencing) .. tapi Roh Sultani (akal) akan memberi arahan sama ada nak kencing sekarang, atau tangguh dulu. Tapi jika Roh Sultani arah agar "tahan", nanum Roh Jasadi bagai robot patuh, dia akan teruskan kerjanya", air kencing akan tetap keluar sekalipun Roh Sultani "paksa" agar  "jangan kencing" ... Tapi bila sampai waktunya, Roh Ketiga "rasa" tak tahan dan akhirnya terkencing sekalipun Roh Sultani (akal) "paksa' utk menahan kencing.

3) ROH KETIGA (INSANI - Rahsia Allah)
Dan Roh KETIGA (insani) yang menjadi RAHSIA ALLAH, Roh ketika itulah KITA yang sedang "Melihat" ini .. Dialah yang merasa "sakit" jika dicubit atau dihiris. Di dalam mimpi, kita mimpi dicubit ditampar, dicium orang, setelah jaga tidur, Roh ini (kita la) akan masih terbayang rasa "sakit" atau rasa "seronok" pengalaman dlm mimpi yang di alami Roh KETIGA saat tidur.

Masa kita tidur, Roh Ketiga ni Keluar mengembara alam "lain". Maka tinggal Roh Jasadi ja dlm tubuh kita. Sebab tu, orang yang sedang tidur, dia tak sedar dia disentuh perlahan. Tapi jika kadar sentuhan "tinggi" maka Roh Sultani akan menghantar "signal" kepada Roh Ketiga yang "mengembara" jauh berjuta juta batu di alam ghaib agar pulang "memasuki" tubuh semula, waktu tu baru kita rasa ada org sentuh tubuh kita atas sebab Roh Ketiga ini telah pulang memasuki tubuh kita.

Walaupun Roh Insani keluar dari tubuh  Ketika tidur, tapi Tubuh tak mati atas sebab, Roh jasadi (nyawa)  masih berkerja hidup di dalam tubuh bagi mengaturkan perjalanan nafas agar organ tubuh tak mati.

Pada saat seseorang Koma, berpunca, Roh Sultani(akal) dan roh jasadi berhenti bekerja atas sebab ada organ "rosak" dan tersangkut bagaikan 4 tayar kereta pancit .. atau enjin rosak walaupun ada minyak petrol dlm enjin dan ada pemandu. Tapi tetap tak berjalan atas sebab tayar pancit dan enjin rosak .. (organ dalaman rosak, maka Roh Jasadi tidak dapat bekerja — dia tak mampu sedar.)

PERUMPAMAAN 3 ROH DLM TUBUH :
Roh Sultani = PEMANDU KERETA (akal penentu arah)
Roh Jasadi = MINYAK KERETA (hayat nyawa)
Roh Insani =  ENJIN KERETA(Roh yg merasa melihat)
Jasad Tubuh = KERETA.

Masa manusia koma. Bagaikan enjin rosak. Masa tu, pemandu kereta lari keluar kereta. Minyak petrol (roh jasadi) masih ada dlm tangki tapi enjin tak dapat hidup. Kalau mampu dibaiki, maka minyak petrol akan menghidupkan kereta, dan "pemandu"(Sultani) akan masuk kembali dlm kereta dan bergerak (Sedar dari Koma). Jika tidak mampu dibaiki kerosakan enjin, maka kereta tu perlu dilupuskan (oksigen ditamatkan) dan mati.

Tapi saat seseorang tu mati .... ia bagaikan Allah cuma mengeringkan semua Minyak petrol dalam tangki "hayat", bila, minyak petrol sesebuah kereta dah kering, maka KERETA AKAN HILANG FUNSI UNTUK BERGERAK, maka kita anggap ia sebagai KERETA MATI (manusia yang mati) bilamana Roh Jasadi(Robot dlm Jasad) dah diambil kembali oleh Allah. Maka pada mata kasar dah mati (kereta rosak tampa petrol) ... pada hakikatnya, ENJIN bernama roh "insan" tu masih ada di dalam kereta (jasad)..

... walaupun kereta tu dah tak berjalan (mati @ jasad kaku jadi mayat) Tapi ENJIN kereta (Roh Ketiga - Insani) masih bertempat "di dalam" body kereta (mayat). Walaupun Roh Jasadi (nyawa hayat) telah Allah ambil hingga Jasad menjadi kaku (mati tak bergerak).. tapi ROH KETIGA YANG BERNAMA "INSAN" yang "hidup" melihat dan "merasai" tu masih KEKAL tinggal pada JASAD MAYAT.

Maka Roh Ketiga bernama INSAN inilah yang akan menanggung Azab Siksaan selepas mati. Kalau disebat dan ditoreh tubuhnya, "DIA MERASAI" Kesakitan tu. Jika disiram air panas, maka Roh Ketiga tu akan merasa azab kesakitan, lebih lagi selepas azabnya Roh Jasadi meninggalkan tubuh.

 Atas kerana itu adanya Hadis Baginda SAW dengan sabdaan : "jika kamu ingin memandikan jenazah (mayit), jangan guna air yang terlalu sejuk dan jangan juga terlalu panas, kerana pada saat itu mayit sedang BEREHAT DARI KESAKITAN AZAB SAKARATULMAUT."

Maka kerana itu HARAM hukumnya Membedah mayat, ini akan menyebabkan mayat (Roh Ketiga INSAN) akan bertambah menderita azab. Itulah yang bermaksud hadis Nabi : "Membedah orang yang telah mati (jenazah/mayit) itu sama seperti membedah (memotongnya) orang yang masih hidup."

hadis di atas inilah yang menjadi  dalil "keharaman" membedah mayat. Jika dilihat proses membedah mayat di hospital yang terdapat di youtube, subhanallah prosesnya sangat sangat Kasar, ganas, tidak sopan tidak berakhlak, sangat kejam bilamana doktor doktor merobek robek setiap inci pada daging mayat, ada yg di potong dijait di gergaji .. ia sangat kejam dan zalim ...

Sedangkan azab sakaratul maut yang tak sampai 3 minit itupun telah terlalu azab Roh menanggung sengsara, maka apalagi proses membedah merobek mayat lebih dari 4 jam bagi setiap mayat yang dibedah isi perut dan otaknya. Ini perbuatan kaum JAHILIAH yang terkeluar dari lunas islam. Wallahu'alam.

★(maaf jika penulisan agak melalut & tersasar, sekadar memberi faham - maaf atas kesilapan dlm menyata)

★Cuma hamba maklumkan disini, hal ini jgn dirujuk kepada Ustaz-Ustaz berfahaman Wahabi - mereka menolak hujah seperti di atas, atas kerana  kurang kefahaman mereka tentang pembahagian roh yang telah dibincangkan para ulama salaf sufi wali wali silam. Sedangkan kitab rujukan mereka adalah kitab ibnu Taimiyah yang hidup selepas berakhirnya zaman Ulama Salaf(bukan hidup awalan 300 hijrah). Persoalan Qarin dlm tubuh pun mereka tak mampu faham malah menolak semua hujah yang dibawa. ini adalah persoalan dlm ASWJ, maka jangan dirujuk kepada mereka. — wassalam.

No comments:

Post a Comment