Saturday, 20 June 2015

Tasawuf

Ikhlas itu engkau tidak melihat wujudmu dan engkau melihat Wujud Allah!

Kenal Allah dengan Allah iaitu tahap maqam hakkul-yakin, ilmu hanya membahas tentang ciptaan Allah tetapi lemah untuk memahami tentang Pencipta. Ilmu yakin adalah permulaan jalan bagi salik.


Zat Allah bukanlah zat makhluk dan zat makhluk bukanlah Zat Allah!

Kenal Allah dengan Allah, bukan dengan ilmu dan akalmu!

Hati-hati! Martabat Zat Allah itu tidak difahami dan dirasai melainkan oleh para Arifin-Billah yg Muntahi!

Bulan Ramadhan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga....Sabda Rasulullah S.A.W


Orang yg memandang Allah akan teguh, tidak berubah pandangannya kepada Allah!

Dia buta kepada selain Allah, bisu lidah dan hati, takut dan malu untuk mengeluh dan bersungut kepada Allah!

Iblis duduk di istana hati  orang yg lalai dari ingat Allah.


Wahai hamba! AKU-lah kelazatan dan keindahan Yg Maha Kekal, barang kemana engkau berhadap disana-lah WajahKU!

Ya Allah!  Aku mencintaimu, rampaskanlah akalku daripada selainMu untukMu....


بسم الله الر حمن الر حيم
Allah, Dialah memberikan taufik kepadamu sehingga kamu mencintai keimanan, serta Dia menjadikan rasa cinta kepadaNya indah di dalam hatimu dan paling kamu cintai melebihi segala sesuatu yang ada di dunia ini, maka dengan itu kamu semakin bersemangat melakukan segala perbuatan yang menumbuhkan dan menyempurnakan imanmu kepadaNya.


Jaga hatimu dengan Allah, berjinak dan bermesra denganNya, sehingga Dia bersamamu dalam segala suasana.

Sebutlah Allah! Allah! Allah! dalam hati dan lalui jalan dunia dan akhirat, dan apabila engkau mendapat Allah maka engkau akan berpaling daripada keduanya.

Sabar adalah awal perjalananmun dan ridha adalah kesudahan perjalananmu.

Takut, harap dan malu-lah kepada Tuhanmu, kerana Dia ada disisimu.

Bergantunglah kepada Dia sahaja, mohon bantuan dan tolongNya, tiada yg dapat menolongmu melainkan Dia.

No comments:

Post a Comment