Saturday, 20 June 2015
Kitab
Kitab al-Bahrul Wafi wan Nahrus Shafi ini adalah kitab yang ditulis dalam bahasa Melayu-Jawi yang paling lengkap membicarakan perkara ibadah. Berketebalan 500 halaman lebih. Kitab ini dikarang oleh ulama yang juga mengarang kitab fikah yang begitu terkenal di Alam Melayu-Nusantara hingga kini, iaitu Mathla'ul Badrain wa Majma'ul Bahrain.
Ulama yang dimaksudkan itu ialah Sheikh Muhammad bin Ismail Daudy al-Fathani atau dikenali sebagai Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani (menurut percakapan orang Arab) atau dikenali juga sebagai Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani (menurut pertuturan orang Melayu). Ulama yang dilahirkan di Pulau Duyung, Terengganu ini, adalah satu-satunya ulama dari Alam Melayu-Nusantara yang pernah menjadi Hakim Mahkamah Syarie Makkah al-Mukarramah, di samping juga menjawat jawatan "Sheikh Haji" yang terbesar pada zamannya.
Ulama agung Alam Melayu-Nusantara ini kembali ke rahmat Allah di Makkah pada 1333H/1914M. Moga Allah merahmati beliau dan tergolong beliau bersama para solehin, nabi, al-abrar dan syuhada. Al-Fatihah.
Ini antara kehebatan dan keagungan ilmu ulama Melayu-Nusantara.
Kitab al-Bahrul Wafi wan Nahrus Shafi ini adalah kitab yang paling lengkap membicarakan perkara ibadah. Kitab ini dikarang oleh pengarang kitab fikah yang begitu terkenal di Alam Melayu-Nusantara hingga kini, iaitu Mathla'ul Badrain wa Majma'ul Bahrain.
Ulama yang dimaksudkan itu ialah Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathoni kelahiran Pulau Duyung, Terengganu.
RM65
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment