Wahai hamba! Janganlah engkau menyembahKU untuk menuntut sesuatu selainKU, bersyukurlah diatas anugerah ketauhidanKU kepadamu!
Merdekakanlah dirimu daripada segala sesuatu selain Allah, maka sampailah engkau disisi Allah Yg Maha Esa!
MR.KIM : "Titik Ba mula perjalanan menuju Bismillah gerbang Al-faatiha di buka dengan kunci Syahadah mennyelusuri alam Makrifatullah mengunakan kenderaan Laahaula" ...
✅👍 💚💚💚👆 "kunci" semua tu dan "kunci" segala ilmu-ilmu "tertinggi" .. asasnya adalah kebersihan dan kesucian "sungai hati" dari segala sifat-sifat tercela.
Ahli tarekat dan abid sufi mencari makrifah melalui "ilmu tertinggi" dari sang guru mursyid dan melalui kefahaman dari ilmu yang "diperolehinya" dengan pelbagai jalan untuk sampai ... hatinya, 70% diisi dengan ilmu dari makhluk-Nya (guru) dan 30% lagi ilmu hatinya diisi oleh Allah melalui ilmu ilham-Nya.. dipimping gurunya menuju ke destinasi yang ditujui, dan terserah sama ada Allah SWT akan "sampaikan" mereka ke destinasi atau ia terkandas dipertengahan jalan atas kerana "ada hijab" yang menghalanginya dari untuk "sampai" (hati yang "bermasalah" di sisi Allah SWT). :)
... Golongan kedua 'sampai' dengan jalan "pembersihan hati" hingga dihati tiada lagi walau "sebatang jarum" dari sifat-sifat tercela. Mereka berkekalan dlm zikirullah dan ketaatan pada perintah-Nya ..
... hati mereka yang telah "bersih" dan "suci" ini (setelah bermujahadah qalbi), maka hatinya nanti hanya 30% sahaja diisi dengan ilmu dari makhluk Allah SWT(guru, kitab dll) dan 70% lagi ilmu diisi oleh Allah SWT sendiri (*dia akan "diajari Tuhan" secara 'terus' melalui ilmu ilham & laduni) .. dipimping-Nya si hamba dengan "kesabaran-Nya" hinggalah si hamba itu "sampai" kepada destinasi yang dituju sebagaimana telah sampainya setiap Wali-Wali Allah silam.
Para ulama itu dikatakan "warasatul'anbia" @ peraris ilmu nabi (*ini dimaksudkan ilmu Syariat). Namun begitu maqam keimanan para Ulama duduknya di bawah maqam para Wali-Wali Allah atas kerana beberapa hal.
Para Ulama sukakan "kemasyuran" (sukakan pujian) ... sedangkan para Wali Allah "meninggalkan" kemasyuran" dan (bencikan pujian) ...
Para ulama sukakan pujian atas kerana "dia Tidak Tahu" (jahil) bahawa "pujian" itu sebenar hanya milik Allah semata dan hanya Allah lah yang berhak atas setiap pujian dari para makhluk-Nya).
Para Wali membencikan pujian atas kerana "mereka TAHU" bahawa hanya Allahlah yang hanya berhak "dipuji" dan menerima pujian dari makhluk-Nya. Maka sesiapa yang dipuji lalu dia "menelannya" tampa dikembalikannya kepada Allah SWT, maka inilah hamba-hamba yang jahil tentang Tuhan. Allah memuji Diri-Nya sendiri melalui lidah lidah para hamba-Nya. (Jika faham teori ini, maka mudah hidup).
Maka atas kerana itulah maqam para Ulama itu duduknya di bawah maqam para Aulia/Wali Allah.
Secara asasnya setiap ulama itu adalah wali-wali "kecil" (wali ilmu syariat) sedangkan wali-wali "besar" adalah Wali-Wali Allah ilmu "batin" kerohanian.
Wali Syariat mengajari ilmu zahir kesempurnaan iman.
Wali Hakekat mengajari ilmu batin kesempurnaan hati.
Sesiapa yang "lebih" mengambil ilmu dari makhluk-Nya (kitab penulisan) daripada ilmu dari diri-Nya sendiri(laduni). Maka dia akan lebih dikenali manusia daripada dikenali oleh Allah SWT.
Dan sesiapa yang "lebih" mengambil ilmu dari Allah SWT sendiri(laduni) daripada ilmu dari makhluk-Nya(kitab), maka dia akan lebih dikenali oleh Allah SWT daripada dikenali oleh manusia sendiri.
Para Ulama lebih mengutamakan ilmu "amal" (syariat)..
Para Wali lebih mengutamakan ilmu "hati" dengan tampa meninggalkan amal soleh.
Para Ulama itu mewarisi kunci perbendaharaan tersembunyi ilmu Syariat (ilmu amal). Sedangkan para Wali itu mewarisi kunci perbendaharaan tersembunyi ilmu Hakekat (ilmu hati).
Ilmu amal tampa ilmu hati, pada awalannya keselamatan, tetapi penghujungnya "kebinasaan"..
Ilmu hati jika tampa ilmu amal, pada awalnya azab tapi penghujungnya "keselamatan"..
Maka adalah di wajibkan bagi setiap mukmin untuk menguasai 2 lautan ini bagi mencapai maqam "kesempurnaan iman" ...
"Sesiapa yang ingin menempuh jalan Para Aulia ini, "dia" wajib meninggalkan dan "menanggalkan" pada hati dirinya cintakan "kemasyuran diri" dan "suka dipuji" dan "mencari pujian" makhluk-Nya. Selagi diri tidak mampu meninggalkan 2 sifat tercela yang sangat dibenci oleh para Wali-wali silam ini, maka itu tandanya tangga kesempurnaan iman (Wali Wali) masih jauh lagi untuk dijejaki selagi mana sifat-sifat tercela ini "masih" membaluti hati.
Kunci makriftullah tu 'asasnya' adalah "bersih hati" dari sifat-sifat tercela yang dibenci oleh Allah SWT dan para malaikat-Nya .. itu syarat awalan anak tangga kewalian ... pertengahannya makrifat dan penghujungnya mahabbah (fana dlm cinta-Nya). wallahu'alam (sembang Ramadan) :) ✨⭐🌙✨🙏
Kunci makriftullah tu 'asasnya' adalah "bersih hati"
ReplyDeleteAlhamdulillah..boleh lah jika ada majlisnya kita bisa saling sharing tuan
Saya pengamal ilmu Titik BA dari Garis Sunan Kali Jaga
tq
Deleteinsyaallah
ReplyDelete