Wednesday, 24 June 2015

Tasawuf

Hakikat jihad ialah menahan kehendakmu dan memilih kehendak Allah!

Puasa mendidikmu untuk menahan nafsu daripada segala sesuatu selain Allah!

Dunia adalah hijab kepada akhirat dan akhirat adalah hijab kepada dunia, barangsiapa yg telah terbuka dinding antaranya dan antara Allah, maka tiada hijab lagi baginya sesuatu!


Salam daripada Allah, hakikat salam iaitu selamat sejahtera dan rahmatKU(ALLAH) atasmu!

Sembahyang dimuntaha, sembahyang bersama Allah, berakhir sembahyang dengan salam daripada Tuhan sekalian alam!
Allahl-ah yg paling jelas pada segala sesuatu kerana Dia Penciptanya!

Salik orang yang berjalan menuju Allah

Ya Allah! Sucikanlah akalku daripada sesuatu selainMu dengan tasbihMu untukku....


Selagi engkau dapat membezakan diantara sembahyang dan tidurmu, maka engkau belum benar dalam perkenalanmu dengan Allah!
Wahai hamba! Ikhlaskanlah sembahyang dan tidurmu untukKU, nescaya engkaulah hambaKU yg sebenar!


بسم الله الر حمن الر حيم
Berhak mendapatkan cintaKu orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, berhak mendapat cintaKu orang-orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan cintaKu orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan cintaKu orang-orang yang saling memberi kerana Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya.

Tangisilah dosa-dosamu itu kerana dosa-dosa yg berterusan akan menghilangkan kejinakan dan kemesraanmu dengan Allah!

Ingatlah, bahawa kebinasaan itu adalah kerana mengutamakan nafsu syahwat daripada agama!


🍀

Tangisilah dosa-dosa mu..


Menangis lah..
kerana mengagungkan ALLAH..
kerana cinta kepada ALLAH..
kerana takut kepada ALLAH.

Itulah salah satu ciri keimanan seorang hamba.

ALLAH memuji orang yang berilmu dan beriman..
bila dibacakan kepada mereka ayat-ayat ALLAH..
mereka tunduk sujud sambil bersimbah air mata khusyu’.

💫
وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا ۩

Dan mereka menyungkur atas muka mereka (bersujud) sambil menangis dan mereka bertambah khusyu´.
Surah Al-Isra' (17:109)


🍀🍀

Di dunia ini ada dua titisan yang paling ALLAH sukai dari seorang hamba..
titisan air mata (seorang hamba) kerana takut kepada ALLAH.. dan
titisan darah (seorang hamba) yang tercurah di jalan ALLAH.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Tidak ada yang lebih dicintai ALLAH daripada dua titis dan dua jejak..
(Iaitu) : titis air mata (seorang hamba) karena takut kepada ALLAH dan titis darah (seorang hamba) yang tercurah di jalan ALLAH.
Adapun dua jejak, iaitu : jejak langkah di jalan ALLAH.. dan
jejak langkah dalam menunaikan salah satu dari kewajiban-kewajiban ALLAH.”

Hadits Hasan, HR. At Tirmidzi no. 1669, Lihat Bahjatun nazhirin  juz 1 hal. 522


🍀🍀🍀
‘Uqbah bin Amir radhiallaahu ‘anhu, salah seorang sahabat Nabi, suatu hari datang kepada Rasulullah saw untuk meminta nasehat, ia berkata :

‘Wahai Rasulullah, apakan jalan menuju keselamatan itu ?”

Maka baginda menjawab :

“Peliharalah lidahmu agar tidak mencelakakanmu,
selesalah kamu tinggal di rumah dan tangisilah dosa-dosamu !.”

[Shahih, HR. At Tirmidzi no. 2406, Lihat Bahjatun nazhirin juz 3 hal 15]


“Dan tangisilah dosa-dosamu !”

“Dan tangisilah dosa-dosamu !”


Sungguh relevan nasihat dari Nabi saw ini di zaman fitnah berleluasa sekarang..

ALLAH Maha Mengetahui..


🌴🌴🌴

Sabtu 27jun15

No comments:

Post a Comment