Thursday, 25 June 2015
Tasawuf -sakit
SAKIT ADALAH PENAWAR
Penawar Ke-Empat
Wahai penderita sakit yang selalu mengeluh!
Ketahuilah bahawa dikau tak patut mengeluh, bahkan wajib bersyukur dan bersabar. Kerana jiwamu, dirimu dan kehidupanmu bukanlah milikmu. Bukan dikau yang mencipta dirimu sendiri dan tidak juga dikau membeli dirimu.
Oleh itu ia milik yang lain, pemiliknya berhak untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya terhadap milikanNya, sebagaimana yang tertera di dalam 'kalimah ke dua puluh enam' risalah al-qadr - yang khusus membahaskan tentang qadar;
'Terdapat seorang perekacipta yang kaya dan mahir telah menjadikan seorang fakir sebagai model untuk mempamerkan keindahan barangan ciptaannya, lalu ia pakaikan si model tersebut sepasang pakaian hasil tenunan ciptaannya yang indah. Lalu memperlakukan berbagai perkara terhadap pakaian ciptaannya, ia tampilkan berbagai bentuk dan gaya bagi menampilkan keindahan, kesenian dan kehebatan miliknya. Kerana itu ia memotong, mengganti, memanjang dan memendekkan di sana dan di sini..
Pada pendapat anda, adakah si fakir dan model yang diperlakukan sedemikian rupa berhak berkata pada Si pencipta tadi seperti ini?
"Anda telah menjadikan saya lelah dengan permintaan anda untuk saya membongkok, kemudian tunduk, berdiri dan duduk.. Anda juga telah merosakkan keindahan yang terukir pada pakaianku ini dengan menggunting dan menendekkannya, bahkan anda telah menzalimi dan tidak berlaku adil terhadap saya."
Demikianlah halnya pada Pencipta Yang Maha Mulia Allah SWT - hanya untuk Allah perumpamaan tertinggi- yang telah memakaikan pakaian jasad kepada anda, wahai pesakit! Dia telah memberikan anda pancaindera nurani yang ditatahkan pada tubuh anda, seperti mata, telinga, akal dan hati. Lalu Dia menukar balikkan keadaan anda dan mempelbagaikan situasi dan keadaan anda, demi untuk memperlihatkan kepada anda nama-namaNya yang indah 'Asma ul Husna'. Sehingga anda memahami dan mengenali nama Allah 'al-Razzak' Sang Pemberi Rezeki melalui perasaan lapar, maka demikian juga anda dapat memahami dan mengenali nama Allah 'al-Syafi' Yang Maha Penyembuh ketika anda menderita kesakitan.
Sebahagian daripada hikmah 'Asma ul Husna' akan tersingkap dan terdedah melalui derita musibah dan kesakitan yang ditanggungi. Lalu ia akan memancarkan cahaya keindahan yang menampilkan seluruh hikmah dan kilasan rahmat.
Sekiranya hijab tersingkap, maka disebalik penyakit itu, dikau akan menemui hakikat yang dalam, indah dan disenangi oleh anda.
Maka itulah nikmah yang terkandung di sebalik penderitaan anda.
- 'Risalah an-Nur' Imam Badiuzzaman Said an-Nursi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment