Hafiz Love Islam shared Tan Sri Ibn Azhar's photo to the group: Ahli Sunnah Wal Jama`ah.
7 hrs ·
Wah Wahhabi kata boleh lah...
Tan Sri Ibn Azhar with Umm Darda and 28 others
Soalan : Adakah beronani sehingga mengeluarkan air mani itu membatalkan puasa ? ( Last edit : 1:05 PM, 19/6/15 )
_________________
_________________
Al-Albani : Tidak membatalkan puas .
Alasan : Kerana tiada nas ia membatalkan puasa
__________________
Alasan : Kerana tiada nas ia membatalkan puasa
__________________
Al-Qaradawi : Membatalkan puasa.
Alasan : Kerana menyanggahi maqasid puasa ( menahan dari syahwat ).
__________________
Alasan : Kerana menyanggahi maqasid puasa ( menahan dari syahwat ).
__________________
Ibn Azhar :
Puasa tidak batal jika berlazatan dengan syahwat sekalipun hingga keluar mani. Batalnya puasa hanya jika berlaku persetubuhan.
Dari Jabir bin Abdillah RA bahwa Umar bin Khatthab RA, beliau mengatakan :
هَشَشتُ يَوْمًا فَقَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ صَنَعْتُ الْيَوْمَ أَمْرًا عَظِيمًا فَقَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ
“Suatu hari nafsuku bergejolak maka akupun mencium ( isteriku ) padahal aku puasa, kemudian aku mendatangi Nabi SAW. Aku berkata: Aku telah melakukan perbuatan yang berbahaya pada hari ini, aku mencium sedangkan aku puasa.
Maka Nabi SAW bersabda:
أَرَأَيْتَ لَوْ تَمَضْمَضْتَ بِمَاءٍ وَأَنْتَ صَائِمٌ ». قُلْتُ لاَ بَأْسَ بِذَلِكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم فَفِيمَ
“Apa pendapatmu kalau kamu berkumur dengan air padahal kamu puasa? ” Aku jawab : "Tidak mengapa dengan itu " . Kemudian Nabi SAW bersabda: “ Maka apa masalahnya ? ” ( Riwayat. Ahmad . Disahihkan oleh Syu’aib Al Arnauth)
Dalam hadis ini Rasulullah menggunakan qias di dalam masalah fiqh puasa antara berkumur dan bersyahwat dengan isteri selain jimak.
Masyruq pernah bertanya kepada Aisyah :
مَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ مِنْ اِمْرَأَته صَائِمًا ؟ قَالَتْ كُلُّ شَيْء إِلَّا الْجِمَاعَ
“Apa yang dibolehkan bagi seseorang terhadap isterinya ketika puasa? Aisyah menjawab, ‘Segala sesuatu selain jimak (bersetubuh)’.” ( Ibn Hajar, Fathul Bari )
__________________
__________________
Soalan : Bagaimana dengan yang kita pelajari di sekolah bahawa keluar mani dengan sengaja itu membatalkan puasa ?
Jawapan : Tidak ada nas dari Al-Quran dan As-Sunnah. Puasa hukum asalnya sah melainkan ada dalil yang menyebutkan perbuatan yang membatalkannya.
Soalan : Bukankah onani haram ?
Jawapan : Halal atau haramnya perbuatan tidak berkaitan dengan pembatalan puasa. Mengumpat juga mengurangkan pahala puasa dan haram. Namun ia tidak membatalkan puasa.
___________________
Kaedah : Dalam usul puasa, ahli ilmu menyimpulkan bahawa status puasa itu asalnya sah setelah dipenuhi syarat sah puasa. Ia tidak batal melainkan ada dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang menyebutkan tentang perkara yang membatalkannya.
____________________
____________________
Kesimpulan :
1) Maka beronani sehingga mengeluarkan mani atau dionanikan oleh isteri sehingga keluar mani tidak membatalkan puasa.
2) Keluar air mani dengan sengaja tidak membatalkan puasa namun
mengurangkan pahala puasa dan mencacatkan maqasid ( tujuan ) puasa.
mengurangkan pahala puasa dan mencacatkan maqasid ( tujuan ) puasa.
3) Semakin banyak unsur shahwat yang ditahan ketika puasa, maka semakin berpotensi untuk pahala puasanya menjadi semakin sempurna.
4) Setiap perbuatan yang berkaitan dengan syahwat seksual berpotensi mencacatkan maqasid puasa atau pahalanya dan kemuncak bagi kadar shahwat ialah jimak( terbatalnya puasa sama ada keluar mani atau tidak ).
5) Pandangan Ibn Azhar adalah pandangan pertengahan antara pandangan Al-Albani dan Al-Qaradawi. Dua pandangan disatukan dalam satu pandangan.
Sila Share & Like.
No comments:
Post a Comment