Wednesday, 8 April 2015
Sebenar
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).Kuala Muda menafikan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang terbelah pipi kanan akibat terkena tetakan berlaku di Sungai Petani.
Kejadian berkenaan didakwa berlaku apabila kedua ibu bapanya bertengkar sebelum senjata tajam terbabit terkena pada muka kanak-kanak itu.
Jurucakap polis berkata, penyebaran gambar yang menjadi viral di media sosial terbabit dipercayai berlaku di negara jiran.
Katanya, tindakan individu yang menyebarkan gambar kanak-kanak yang mengalami kecederaan di pipi dan didakwa berlaku di Sungai Petani adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Polis menafikan kes terbabit berlaku di Sungai Petani dan pemeriksaan yang dibuat polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.
"Jadi tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat," katanya.
Ends
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment