Tuesday, 7 April 2015

Laduni


🔱BISMILLAH - "MENJADI INSAN BERHATI BERSIH"🔱
BERZIKIR DIKATAKAN SEBAGAI ALAT PENYUCIAN HATI DARI SIFAT-SIFAT TERCELA HINA - SEDANGKAN HATI YANG BERSIH ITU ADALAH KUNCI MEMPEROLEHI "ILMU HATI" TERUS DARI ALLAH SWT YANG DISEBUT SEBAGAI ILMU LADUNI IAITU ILMU YANG DATANGNYA TERUS DARI ALLAH SWT TAMPA MELALUI PERANTARA MAHUPUN HALANGAN HIJAB MAKHLUK-NYA DAN ALAM, BERUPA "PERCIKAN CAHAYA-NYA" YANG PUTIH KE DALAM HATI INSAN-INSAN "TERPILIH" DENGAN TAMPA BERLAJAR DAN DIPELAJARI DARI MANUSIA, JIN & MALAIKAT. DAN TAMPA DICEDUK DARI MANA-MANA ISI KITAB. ITULAH ILMU LADUNI BUAT INSAN-INSAN YANG TAAT DAN "BERSIH HATI".                                                                                      ® Hadis Nabi S.A.W : yang berbunyi :
"Sesiapa yang mengamalkan sesuatu ilmu yang telah
diketahuinya, (maka) Allah akan 'mewarisikan' ilmu-ilmu yang belum pernah diketahuinya kepadanya."
® Abul Darda' r.a berkata :
"Orang mukmin yang melihat dengan 'cahaya Allah' dari
belakang tirai yang sangat nipis sekali. demi Allah itu adalah
'Kebenaran' yang dijatuhkan Allah ke dalam hati-hati mereka
dan mengalir di atas lidah-lidah mereka."
® Bersabda Nabi S.A.W membawa erti :
"Takutilah oleh kamu akan firasat seseorang mukmin, kerana ia akan melihat (sesuatu hal) dengan 'cahaya Allah."
® Al-Hasan r.a Bin Ali Bin Abu Talib meriwayatkan daripada
Rasullullah S.A.W : (maksudnya)
"Ilmu itu (ada) 'dua'. Ilmu batin di dalam hati, itulah ilmu yang
bermanfaat."
® Pernah seorang ulama Sufi ditanya orang, apakah ilmu batin itu (yang dimaksudkan dari Sabdaan Bagainda S.A.W tersebut) Jawabnya : "Rahsia daripada rahsia-rahsia Allah, yang dicampakkan Allah SWT ke dalam hati kekasih-kekasih-Nya, yang tidak pernah dilihat walau oleh seorang malaikat dan manusia mana-mana juga."
® Berkata Saidina Ali r.a berbunyi :
"Tidak ada pada kami sesuatu yang dirahsiakan oleh Nabi
S.A.W kepada kami, selain dari satu 'perkara', iaitu Allah
mendatangkan faham("kefahaman") tentang Kitab-Nya kepada "seseorang" hamba-Nya, dan ini dengan "tampa belajar" (ilmu yang tampa dipelajari dari manusia tapi diajari-Nya)."
® Nabi S.A.W pernah berkata (doa) kepada Ibnu Abas r.a :
"Ya Allah, ajarilah akannya pada agama, dan ajarilah akannya akan (ilmu) takwil (tafsir)."
®Pernah Nabi S.A.W ditanya para sahabat darihal firman Allah yang ertinya :
.."Apakah orang yang telah 'dibukakannya' Allah dadanya
kepada islam, maka ia di atas "cahaya" dari Tuhannya."
.. "Apakah ertinya "pembukaan" dalam ayat ini ya Rasulullah?"
© Sabda Rasulullah S.A.W : "Lapang(hati), kerana 'cahaya' itu apabila ia dijatuhkan ke dalam hati, (maka) dada menjadi
lapang dan 'terbuka' (bersih dari semak samun tercela )."
® Dari Firman-Nya :
"Adapun orang yang "bersungguh" untuk Kami, maka Kami akan MENUNJUKKAN JALAN Kami kepadanya.(Jalan Para Wali-Wali melalui ilmu Kaum Sufi Silam)"
® Sufi Abu Yazid Al-Bustami (Aulia Allah)dan lain lain Sufi pernah menyatakan :
"Bukanlah orang yang alim, orang yang mengajarkan (orang
lain) dengan (berpandukan) Kitab ditangannya, kemudian
apakala ia lupa yang telah dihafalnya itu, maka ia menjadi jahil kembali. Tetapi hanya orang alim, iaitu yang mengambil ilmu terus dari Tuhannya pada waktu mana-mana saja yang ia kehendaki."
® PENUTUP : NABI S.A.W PERNAH BERSABDA, MEMBAWA ERTI :  "BAHAWA DI ANTARA UMATKU, ADA YANG MUHADDATHIN (DIILHAMKAN TUHAN), MU'ALLAMIN (DIAJARI : TUHAN) DAN MUKALLAMIN (DICAKAPI : TUHAN) DAN UMAR SEORANG DI ANTARA MEREKA."

® *Doa Rasulullah S.A.W kepada Allah :
"Ya Allah, berikanlah aku CAHAYA, tambahlah aku CAHAYA,
jadikanlah bagiku Hatiku CAHAYA, pada Kuburku CAHAYA, pada Pandanganku CAHAYA, pada Pendengaranku CAHAYA, pada Rambutku CAHAYA, pada Kulitku CAHAYA dan pada Dagingku CAHAYA, pada Darahku CAHAYA dan pada Tulangku CAHAYA."
® note : (Amalkanlah - Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Insan Yang Mengulangi Ayat-Ayat Kekasih-Nya, Mudahan Kita Guna Beroleh Rahmat & "Cahaya" Dari-Nya) Aamiin.*                                                                                        🔱Ramadan Nusantara Asia 1999🔱

No comments:

Post a Comment