RAHSIA MIKRAJ PADA DIRI
________________________________________
Rasul itu ertinya adalah PESURUH.
Pesuruh itu disuruh mengenal illah.
Apabila jiwa nabi naik ke akhirat/langit (MIKRAJ) maka zahirnya di bumi. Di sinilah yang dinamakan: zahir dan batin bertemu dalam "Rasul" melalui WAHYU.
________________________________________
Wahyu itu kiasannya kepada ILMU.
Ilmu itu kiasannya kepada JIBRIL.
Itu sebab semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Jibril beserta sekali. Diarahkan Jibril setengah perjalanan sahaja, kerana Jibril itu bukan makhluk batil dlm batin jasad manusia yang berserta dengan illah, dan Jibril itulah adalah akal fikiran pada kita yakni wahyu atau ilmu pada maknanya.
________________________________________
Mikraj ini terkait rapat dengan hal manusia sejati, kerana pada hakikatnya, hanya manusia sejatilah sahaja yang benar- benar layak untuk menuju kepada Tuhannya, dan kepada manusia sejatilah juga illah akan berserta pd yg mengenalnya kepadanya.
________________________________________
ISRA' itu maknanya PERJALANAN.
MIKRAJ itu pula maknanya SAMPAI.
BURAQ itu kiasan kepada ilmu baginda nabi yang cepat baginda miliki.
________________________________________
Jika bawa pada diri:
1. Terletak dalam perkara Solat.
2. Tersembunyi pada ilmu Nafas.
Pecahannya;
________________________________________
ILMU NAFAS
Apabila nabi naik ke langit itulah naiknya nafas kita ke ubun-ubun di kepala yang berkalimahkan "Hi"
Apabila jiwa nabi sampai di akhirat/langit ke tujuh, maka zahir dibumi, itulah turun nafas kita berlafazkan "iLLAH"
________________________________________
ILMU SOLAT
Terletak di takbiratul ihram dalam usalli.
Adapun dinamakan telapak nabi mikraj itu antara HIDUNG dengan BIBIR ATAS iaitu alat bernyawa atau bernafas.
Adapun yang dinamakan MAQAM RASUL iLLAH pada diri kita itulah sekalian orang yang telah bermakrifat kepada Tuhan
________________________________________
Orang makrifat itu adalah orang yang teguh akidahnya walaupun dituduh kafir.
No comments:
Post a Comment