MAKRIFAT IBLIS
________________________________________
Jika kalian telah menyembah illah Taala selama hidup ini... Ada yang 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun, bahkan ada yang sampai 100 tahun... Lalu tiba-tiba, pada suatu hari, illah menyuruh kalian menyembah kepada selain daripada Dia... Mahukah kalian semua sujud kepada yang lain itu?
________________________________________
Begitulah juga dengan makhluk yang bernama Azazil Alaihisalam... Beliau merupakan ketua segala malaikat... Merangkap Sang Imam dan juga Guru Tauhid buat sekalian para malaikat... Bahkan beliau juga adalah makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh illah , jauh lebih lama sebelum adam...
________________________________________
Tentang kealiman dan ketaatan Syeikh Azazil itu pula, bumi mana yang tidak ada bekas atau kesan tempat sujudnya. Itu pun sesudah setiap inci di langit itu telah pun diliputi oleh kesan tinggalan peribadatan beliau kepada illah dan beliau pun lalu meminta izin kepada illah untuk beramal ibadat di muka bumi pula.
________________________________________
Kita yang hanya mendengar kisah dari kitab-kitab lama dan juga hikayat kuno mengenai beliau, dengan semberono terus saja membenci dengan apa yang dinamakan sebagai Iblis itu, tanpa mengambil pengajaran dari beliau... Jika diikutkan, kita umat manusia ini jauh lebih hina daripada Iblis... Dosa Iblis cuma satu, iaitu tidak mahu bersujud kepada Tok Adam Alaihisalam...
________________________________________
Tapi jika dibandingkan dosa-dosa kita?
Sudah berapa bakul sejak akil baligh?
No comments:
Post a Comment