Ada ramai tak puas hati dengan SOP yang kata, tak boleh balik kampung merentas negeri tapi shopping mall, bazar semua masih dibuka.
Saya nak terangkan sikit. Tapi sebelum tu, saya nak ingatkan. Saya hanya penjawat awam bekerja sebagai doktor. Bukan tukang buat SOP.
Maka, kalau nak lepaskan amarah pasal SOP yang kononnya lopang dan lubang sana sini ni, saya memang takkan beri peluang. Saya bukan punching bag untuk jadi bahan amukan kalian.
Kalian pernah dengar tak beza close contact and social contact?
Bila ada kes positif COVID-19, kami yang terlibat dengan pengesanan kontak, selalunya Inspektor Kesihatan, mesti mencari semua kontak yang berkait denga pesakit tu. Contact tracing leceh ok.
Katakan pesakit tu, dalam salah satu tempat dia pergi ialah Midvalley Southkey, dia masuk kedai sekian-sekian. Semua orang dalam kedai tu waktu dia pergi, tu adalah social contact. Kecuali lah dia dok borak dengan seseorang dalam kedai tu, tak pakai pelitup muka, jarak kurang 1 meter and tempoh masa 10 - 15 minit.
Kita kan biasa pergi kedai beli barang, bukannya melepak lama sangat atau berbual mesra macam kawan dengan orang lain. Mereka tu pelanggan yang kita tak kenal. Dengan pekerja pun, kita tak lah duduk dekat sangat dengan dia, selalunya lah.
Risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 lebih rendah bila hanya kontak sosial berbanding dengan kontak rapat.
Kontak rapat ni definisinya, kita dok dekat dengan pesakit positif kurang 1 meter, bercakap dengan dia, tanpa pelitup muka, selama lebih 10 - 15 minit.
Sebab tu kontak rapat, IK akan bagi arahan untuk kuarantin wajib 10 hari, pakaikan dia gelang pink dan tertakluk kepada Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Mereka ni wajib menjalani ujian nasopharygeal swab paling kurang 2 kali.
Kalau kita balik kampung, kita mesti berpeluk cium mak ayah kita. Siap berlaga pipi. Bertemu pula adik beradik yang lain. Tu belum kira berjumpa dengan segala saudara mara. Atau kengkawan lama kat kampung. Mesti bertepuk bertampar semua satu pakej.
Dalam situasi ni, rasanya kita patuhi SOP ke? Cukup lah 1 orang je bawa COVID-19, habis lah semua kena. Sebab apa? SOP sudah ke laut dalam atas dasar nama keluarga, sepupu sepapat dan sahabat handai.
Semua tu jadi close contact. Takkan lah kita berborak sekejap saja, cakap hai lepas tu bye? Tak mungkin kan.
Isu dengan balik kampung ialah fitrah kita sebagai manusia yang suka bersosial. Pulang merentas negeri untuk menghadiri kematian ahli keluarga terdekat dengan kebenaran polis. Alih-alih, siap pergi kenduri tahlil lah. Tu belum singgah merata rumah pakcik dan makcik. Kalau tak pergi, nanti dikata sombong. Macam biasa kan dengar cerita macam ni.
Buat ujian calitan nasofarinks pun tak guna. Sebab kalau dah dijangkiti, masih ada tempoh inkubasi. Jadi, swab test yang pertama tu mungkin negatif tapi virus SARS-CoV-2 dah ada dalam badan. Kalau tak dikuarantin, maka selamat lah disedekah COVID-19 pada segala orang yang ditemui tu.
SOP tu mesti dipatuhi bukan sebab kita tak nak didenda. Bukan kerana kerajaan suruh. Tapi kita lakukan atas dasar kita sayangkan diri kita dan semua yang di keliling kita.
Katakan lah kita menjadi punca penyebaran SARS-CoV-2 pada ahli keluarga kita, penyesalan tu akan bersarang kat diri kita sampai bila-bila. Lagi lah pula, kita rileks saja, tak ada simptom. Tapi mak ayah kita bertarung nyawa di ICU. Masa tu menangis meraung dah tak guna.
Cuma satu lah kan, kemusykilan saya ni. SOP pakat semua menentang sangat, tapi vaksin COVID-19 pun tak mahu. Habis tu, apa yang kalian nak ni. Hish. Tak faham lah saya.
No comments:
Post a Comment