JANGAN HINA ORANG DAYAK
Mengimbas kembali tragedi hitam pergaduhan di antara Dayak vs Madura di Sampit pada Febuari 2001.ada pengajaran dalam kisah ini..
|| Peristiwa Sampit, Kalimantan ||
DAYAK VS MADURA
Mengimbau Sejarah Hitam Kalimantan yang turut memberi kesan yang mendalam kepada penduduk kampung berdekatan sempadan Kalimantan Tebedu khasnya.Ramai warga Indonesia Lari menyelamatkan diri dengan menyusup masuk ke Sarawak melalui jalan hutan.Pondok kebun dan tanaman orang kampung menjadi kelangsungan hidup.Ramai penduduk kampung takut keluar mencari rezeki pada ketika itu.
SEJARAH HITAM KALIMANTAN :- Tragedi Berdarah Sampit
*** Dayak vs Madura***
______________________________
Tragedi Sampit merupakan sejarah hitam Indonesia-Kalimantan terbesar pada February 2001. Konflik Sampit mengakibatkan lebih dari 500 kematian, dengan lebih dari 100,000 warga Madura kehilangan tempat tinggal. Banyak warga Madura yang dipenggal kepalanya oleh suku Head Hunter Dayak.
Rusuhan Sampit dikatakan bermula hanya dari perkelahian pelajar SMK di Baamang. Warga Dayak dan Madura terlibat dalam pergaduhan itu. Pergaduhan itulah yang memicu konflik antara keluarga dan etnik. Pemerhati politik pada ketika itu telah menyalahkan kaum Madura itu sendiri kerana mereka yang pertama sekali mencetuskan kontroversi dan kemarahan etnik Dayak.
Pergaduhan pelajar diantara etnik Madura dan Dayak pada ketika itu mendapat campur tangan keluarga di sebelah pihak Madura iaitu Matayo. Matayo agak terkenal di tempat itu kerana sikap samseng dan jenayah2 yang sering dibuatnya di situ. Matayo yang campur tangan di dalam pergaduhan remaja itu membelasah pelajar2 dayak yang terlibat dalam pergaduhan itu. Perkara ini menjadi kemarahan penduduk Dayak yang mana merupakan penduduk asal di tempat itu. Manakala Madura adalah golongan pendatang di tempat itu yg mana tiba di kawasan itu hanya pada sekitar tahun 1930an mengikut pelaksanaan program kolonial Belanda dan disambung oleh Indonesia.
Pada 18 februari, sekitar jam 3 petang, pemuda Dayak menyerang Matayo dan mengakibatkan Matayo terbunuh. Ini mendapat respon pantas warga Madura dan ingin membalas dendam.
Lengkap dengan bersenjata, warga Madura segera menemui Ketua Lembaga Musyawarah Masyarakat Dayak iaitu Seruyan Tengah untuk membalas dendam. Warga Madura meminta agar pembunuh Matayo yang bersembunyi di rumah Seruyan agar diserahkan kepada mereka. Mereka mengancam untuk membakar rumah Seruyan jika tuntutan itu tidak dipenuhi.
Namun pembunuh Matayo tidak keluar, warga Madura kemudiannya merosakkan pagar, pintu dan tingkap rumah. Ada usaha untuk membakar rumah Seruyan tapi tidak berjaya. Polis kemudiannya datang mengawal keadaan. Berang kerana serangan itu tidak berjaya, warga Madura yang datang ke rumah Seruyan itu mengamuk di kawasan berdekatan dan membunuh orang-orang Dayak yang tidak bersalah di sekitar situ. Banyak rumah warga Dayak dibakar. Sebuah keluarga etnik Dayak, Seyan, telah dibakar hidup-hidup bersama tujuh anaknya dan cucu2nya.
Sejak dari hari itu, warga Madura menguasai Sampit. Puluhan warga Madura mengepung pekan. Mereka melayang-layangkan senjata mereka. Mereka juga menggunakan pelbagai kenderaan untuk berlegar-legar mencari mangsa. Setiap orang Dayak ditemui mereka pasti akan dikejar dan dibunuh tanpa belas kasihan. Jumlah rumah orang Dayak yang dibakar juga bertambah.
Antara pembunuhan kejam oleh warga Madura terhadap orang dayak ialah seorang ibu muda (orang Dayak) yang sedang hamil 7 bulan dibunuh dan perutnya dirobek. Perkara ini disahkan oleh Bambang Sakti, orang kenamaan dari Sungai Samba dan juga disahkan oleh wartawan tempatan. Orang2 Madura tidak berhenti di situ, dan bumi Sampit terus bermandi darah. Orang-orang dayak yg ketakutan terus berteriak-teriakan. Mereka mencari tokoh kuat mereka.. "Mana panglima Burung? ", orang itu menjadi harapan mereka.
Ketua orang-orang Madura yang melakukan pembunuhan ketika itu berteriak mengatakan "Sampit akan menjadi Sampang kedua!". Mereka juga memasak sepanduk "Selamat datang orang Dayak di Kota Sampang, serambi Mekkah".
Orang-orang Madura tidak hanya bersenjatakan parang tetapi juga pistol dan bom. Ini disahkan apabila polis menemui sejumlah 300 bom yang diambil dari rumah-rumah orang Madura.
PADA 20 FEBRUARI, PASUKAN PAHLAWAN DAYAK YANG DATANG DARI TEMPAT LAIN SAMPAI KE SAMPIT UNTUK MENDAPATKAN DAN MENGUASAI SEMULA BUMI SAMPIT.
Warga Dayak pedalaman dari beberapa lokasi daerah alingai sungai (DAS) Mentaya, seperti Seruyan, Ratua Pulut, Perenggean, Katingan Hilir dan juga Barito datang ke Kota Sampit melalui sungai Mentaya. Kesemua mereta rata-ratanya masih muda, tidak lebih dari 25tahun. Mereka datang dengan 'isi', tidak kosong. Mereka dibekalkan dengan ilmu kebal. Jumlah pahlawan yang datang adalah disekitar 320 orang.
Pasukan itu menyusup masuk ke daerah Baamang dan sekitarnya. Meskipun dalam jumlah yang kecil berbanding jumlah orang-orang Madura yang menguasai Sampit pada ketika itu, kemampuan bertempur mereka sangat menakjubkan. Mereka membunuh kesemua warga Madura yang berhimpun di pelusuk jalan dan bandar. Dengan ilmu kebal, mereka melawan ribuan warga Madura. Letupan-letupan bom yang dilemparkan oleh warga Madura kepada mereka tidak sama sekali mencederakan mereka, jauh sekali dapat membunuh mereka pahlawan Dayak. Bahkan, banyak bom yang disambut oleh pahlawan Dayak dan dilemparkan kembali bom itu ke arah kerumunan Madura. Pasukan Dayak pedalaman yang dihujani peluru dari pistol dan senapang warga Madura tidak terluka. Kerana itu, Polis juga tidak berani untuk menenangkan keadaan atau menembak pasukan pahlawan Dayak itu. Kesemua warga Madura buntu, strategi yang diguna-pakai oleh warga Dayak dalam serangan mereka cukup jitu hingga membunuh ratusan warga Madura.
Perahu-perahu yang digunakan oleh pasukan Dayak langsung tidak kelihatan oleh orang Madura, ini kerana mereka tidak mendekati tebing2 sungai tetapi pasukan Dayak itu berenang ke pinggir sungai di tepian Kota Sampit untuk memberikan kejutan kepada orang2 Madura. Mereka secara tiba2 muncul di penempatan orang-orang Madura dan tempat itu menjadi huru hara dengan amukan pasukan Dayak. Pasukan Dayak terus bergerak ke seluruh kawasan dan jalan-jalan utama seperti Jalan Baamang III, Jalan Gatot Subroto dan jalan S. Parman. Rumah pahlawan Madura seperti Haji Satiman dan Haji Ismail juga hancur diserang. Ramai pengawal di situ terbunuh.
Pasukan Dayak menjejaki kesemua warga Madura untuk dibunuh dan dipenggal kepalanya. Kejadian ini berlarutan sehingga beberapa hari. Ini kerana, ilmu kebal yang dibekalkan kepada mereka oleh panglima mereka membuatkan mereka dalam keadaan tidak sedar. Dan uniknya, deria hidu mereka menjadi tajam hingga dapat membezakan antara orang Madura dan yang bukan Madura. Bila orang Madura yg bersembunyi di kerumunan etnik lain (selain dayak dan madura), orang Madura itu tetap dapat ditangkap dan dibunuh oleh orang dayak. Tiada orang dari etnik lain yang terbunuh.
Rusuhan Sampit berakhir di sekitar bulan March 2001. Ratusan mayat orang Madura terapung di sungai dan di jalan raya tanpa kepala. Campur tangan tentera pengaman PBB di tempat itu menghasilkan perjanjian damai diantara penduduk Dayak dan Madura di tempat itu. Selain itu, sebuah tugu perdamaian dibina di Sampit.
Info Tambahan:
- Hingga ke saat ini di kota Sampit masih kelihatan kesan-kesan rusuhan silam, bekas rumah dan kedai yg terbakar, dan juga banyak rumah yang tidak berpenghuni.
- Terdapat kuburan besar-besaran korban rusuhan sampit
- Ketika rusuhan para pasukan dayak mengidentitikan dirinya dengan kain berwarna merah yang diikat di kepala/senjata yg digunakan.
- Sejak berakhirnya rusuhan, sehingga sekarang Sampit mengalami perkembangan dan kemajuan yang pesat baik dalam bidang ekonomi mahupun industri.
- Sampit kini menjadi kota yang damai, sejahtera, penduduknya bertoleransi.
No comments:
Post a Comment