AGAMA DAN KASTA
______________________________
Jika kita berdua bersahabat tetapi berbeza agama dan engkau enggan agama kita diletakkan setaraf, silakan saja jadikan agamamu itu sebagai nombor satu, dan agamaku ini pula sebagai nombor dua.
______________________________
Meskipun jikalau kita ada bertiga, berempat, atau pun berlima, tetapi semuanya berbeza agama; tidak mengapa jika agama kalian semua diletakkan sebagai nombor satu, dan agamaku ini nombor terakhir saja.
______________________________
Malah kelak di hari akhirat nanti, jika hanya tinggal kita berdua yang belum selesai dihisab, dan hanya ada satu tempat sahaja untuk masuk ke syurga, ambillah saja tempat itu untukmu. Aku tidak mengapa, baik-baik saja.
No comments:
Post a Comment