Friday, 28 May 2021

Anxiety Disorder

 Anxiety Disorder

Kebimbangan melampau merujuk kepada situasi seseorang akan terlampau risau dengan perkara remeh sedangkan pada akal fikiran yang waras, hal itu dapat diselesaikan dengan mudah.
penyakit itu adalah serangan panik yang mana kerisauan itu muncul secara tiba-tiba. Simptomnya pula seperti jantung berdegup dengan kencang, nafas menjadi sesak dan badan berpeluh yang datang secara mendadak sehingga pesakit berasa 'mahu mati'.
Ia merupakan sebahagian daripada emosi normal manusia. Ia terjadi akibat situasi yang mengaktifkan bahagian otak yang mengawal respons simpatetik manusia.
Akibatnya, fisiologi tubuh manusia berubah bagi menyesuaikan keadaan dan bersedia untuk 'tindakan lari' atau lawan,
Tanda emosi: takut, cemas, gelisah, tidak tenteram, berat hati.
- Tanda tingkah laku: mengelak situasi tertentu, menyendiri, gagal menyempurnakan tugasan tertentu, gangguan tidur.
- Tanda fikiran: terlalu memikirkan masalah, fikiran berulang dan kurang tumpuan.
Kepada yang tidak mengerti, barangkali ada yang melontarkan persepsi bahawa golongan berkenaan hanya 'bermain dengan perasaan' ataupun mengada-ngada. Jangan terlalu skeptikal.
Kajian menunjukkan perasaan asing itu berlaku kerana interaksi antara faktor genetik dan persekitaran.
"Namun, secara umumnya terdapat beberapa lagi puncanya seperti stres, kurang keyakinan diri atau terlalu mementingkan kesempurnaan dan sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah serupa. Selain itu, sesetengah gaya hidup yang dipraktikkan seperti penyalahgunaan substans dan masalah kesihatan juga boleh menyumbang kewujudan gejala keresahan melampau ini....
Ambil peduli tentang tanda awal kebimbangan seperti berdebar-debar, degupan jantung laju daripada biasa, kerisauan bersosial, senang berpeluh bila mula risau atau rasa menggigil dan serang panik. Jika berlarutan lebih dua minggu hingga ganggu fungsi harian, dapatkan rujukan di mana-mana klinik....
Masalah mental termasuklah kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan (depress) dan ketegangan jiwa (stres). ...

No comments:

Post a Comment